Tidak ramai remaja tahu tempat bantuan bagi remaja hamil

HAMPIR satu dalam dua belia mengenali seorang remaja yang hamil, namun kurang 2 peratus tahu di mana untuk mendapatkan bantuan dan nasihat profesional.

Demikian dapatan tinjauan empat mahasiswa Sekolah Komunikasi dan Maklumat Wee Kim Wee Universiti teknologi Nanyang (NTU) yang kini melancarkan kempen sepanjang empat bulan bagi mempertingkatkan keprihatinan akan bantuan profesional yang ada bagi membantu remaja hamil.

Dapatan itu dikongsi kepada pihak media petang tadi, Jumaat.

Kumpulan pelajar tahun akhir NTU itu dianggotai Cik Chua Ying Ying, Cik Leung Yan Wah, Cik Tracy Lim Sze Li, dan Cik Meryl Ang Xin Jie.

Mereka bekerjasama dengan pertubuhan kebajikan sukarelawan (VWO), Babes yang menghulurkan bantuan dan nasihat profesional khususnya bagi belia hamil berumur 21 tahun dan ke bawah.

Sempena kempen mereka yang diberi nama "Baby Steps Singapore", mereka bakal mengadakan sebuah pameran bergerak atau roadshow di *SCAPE, The Hideouts, dari 11 pagi hingga 8 malam pada Sabtu, 31 Januari ini.

Pengunjung bakal dapat lebih memahami keprihatinan seorang remaja hamil melalui lawatan mereka ke empat bilik yang menceritakan empat fasa yang dilalui seorang remaja hamil.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 18
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.