Tiga anak-beranak warga Singapura nafi halang tugas pegawai imigresen M'sia

PONTIAN: Seorang ibu tunggal warga Singapura dan dua anak remajanya tidak mengaku bersalah terhdap tuduhan menghalang tugas seorang pegawai Jabatan Imigresen, di sebuah mahkamah khas di Depot Imigresen Pekan Nenas di Pontian, Johor, pada Isnin (22 Ogos).

Pekerja bebas Quek Chin Fern, 42 tahun, anaknya, Miguel Lim, 19 tahun, serta Cheryl Isabella Lim, 18 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah lorong keluar kereta di Komplek Kastam, Imigresen dan Kuarantin Sultan Iskandar pada kira-kira 3.30 petang, 12 Ogos.

Ketiga-tiga warga Singapura itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepada mereka di hadapan Hakim Salawati Djambari pada Isnin.

Jika didapati bersalah, setiap tertuduh boleh dikenakan denda hingga RM10,000 ($3,350) atau penjara maksimum lima tahun.

Hakim membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin warga Malaysia dan menetapkan sebutan seterusnya kes itu pada 5 September.

Pegawai Pendakwa Imigresen, Encik A. Vikneswaran, mendakwa bagi kes tersebut manakala peguam Goh Sze Han mewakili anak-beranak itu.

Sebelum ini dilaporkan bahawa mereka ditahan selepas enggan menurunkan tingkap belakang gelap kereta mereka semasa pemeriksaan di zon kereta menuju ke Singapura.

Mereka juga didakwa mencerca dan melempar tuduhan terhadap pegawai imigresen yang mahu memeriksa kenderaan mereka. - The Star/Asia News Network

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 20
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.