WALAUPUN dia menerima keputusan peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'O' hari ini, Nurhamizah Zohry telah meraikan kecemerlangannya semalam.
Pelajar dari Sekolah Menengah Damai itu telah menerima tiga anugerah Edusave termasuk Anugerah Biasiswa Edusave, Anugerah Peribadi Edusave dan juga Anugerah Edusave bagi Pencapaian, Kepimpinan dan Khidmat (Eagles) atas prestasi baik dalam pelajaran dan sumbangan sebagai kapten sukan handball, yang merupakan kegiatan ko-kurikularnya (CCA) di sekolah.