Tiga bekas pemimpin Majlis Pusat, seorang peniaga dituduh cuba menipu

TIGA bekas anggota majls pusat termasuk mantan presidennya, Saharudin Kassim; Pengurusnya, Gazaly Malek dan Setiausaha Kewangan Abdul Ghani Tahir serta peniaga Salleh Sam dihadapkan ke mahkamah pagi Khamis tadi.

Mereka dituduh cuba menipu Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan; Lembaga Pelancongan Singapura (STB), Divisyen Penduduk dan Bakat Nasional serta Lembaga Totalisator Singapura berhubung perbelanjaaan hiasan lampu hari raya.

Masing-masing dikenakan antara lima hingga 11 tuduhan bersubahat menipu kementerian, STB dan Divisyen Penduduk dan Bakat Nasional dibawah Sekretariat Majlis Perpaduan Nasioanal dengan menaikkan jumlah perbelanjaan antara $130,768 dengan $351,241 bagi hiasan lampu hari raya selama dua tahun iaitu pada 2011 dan 2012.

Mahkamah diberitahu dengan jumlah perbelanjaan yang dikemukakan itu, ketiga-tiga pihak telah membayar antara $49,680 hingga $200,000 untuk beberapa kali dengan jumlah keseluruhan $914,511 kepada Majlis Pusat antara September 2011 dengan 24 Oktober 2012.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.