Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga diberkas kerana tipu mangsa sekitar $90,000

Mar 29, 2017 | 09:25 AM



POLIS telah memberkas tiga lelaki, berusia antara 20 hingga 44 tahun, kerana disyaki terlibat dalam dua kes penipuan dengan menyamar sebagai anggota polis.



Dalam kedua-dua kes itu, mangsa menerima panggilan telefon dari orang-orang yang tidak dikenali.



Mangsa kemudian diberitahu bahawa mereka sedang disiasat polis kerana melakukan penipuan dan penggubahan wang.



Perbualan di telefon itu seterusnya dipindahkan ke orang-orang yang tidak dikenali yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis dari luar negara.



Bagi kes pertama yang dilaporkan pada 22 Mac lalu, mangsa yang berusia 31 tahun telah diberikan satu pautan laman perkhidmatan elektronik (e-services) yang dikatakan dari Pasukan Polis Singapura, http://7958465.tk/index.html.



Mangsa kemudian diarah untuk memasukkan butiran perbankan peribadinya di laman itu dan memberikan Kata Kunci Sekali (OTP) dari alat penyata kata kunci perbankan Internet kepada si penyamar tersebut.



Seterusnya, mangsa mendapati akaun banknya telah dimasuki tanpa kebenaran dan kira-kira $35,000 telah dipindahkan ke sebuah akaun bank yang tidak diketahui.



Untuk laporan kedua yang dilaporkan pada 27 Mac lalu, mangsa yang berusia 47 tahun telah diminta membuat permohonan di Internet bagi mendapatkan alat penyata kata kunci perbankan Internet serta memberikan butiran peribadi perbankannya kepada si penyamar.



Susulan itu, mangsa mendapati akaun banknya telah dimasuki tanpa sebarang kebenaran dan kira-kira $34,000 telah dipindahkan ke sebuah akaun bank yang tidak diketahui.



Menyusuli laporan itu, para pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (CIC) telah menjalankan siasatan rapi.



Identiti tiga suspek kemudian dikenalpasti oleh para penyiasat dan ketiga-tiga mereka diberkas pada 27 Mac lalu.



Siasatan awal mendapati mereka dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya tiga kes serupa di mana mangsa telah mengalami kerugian sekitar $90,000.



Dua suspek, berusia 20 dan 22 tahun dihadapkan ke mahkamah hari ini kerana tidak jujur dan menerima barangan curi dan didakwa di bawah Kanun Jenayah yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.



Siasatan ke atas suspek ketiga sedang dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >