Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga firma bersaing bagi dapatkan lesen telko keempat Singapura

Sep 02, 2016 | 09:46 AM



TIGA syarikat telekomunikasi memohon pada Khamis (1 Sep) untuk menyertai lelong gelombang udara 4G, kali pertama dalam 15 tahun syarikat baru menyatakan minat memasuki pasaran mudah alih Singapura.



Mereka ialah pengendali jalur lebar gentian tempatan MyRepublic, syarikat telekomunikasi Australia TPG Telecom, dan syarikat berusia lapan hari, airYotta, yang diterajui bekas eksekutif OMGTel, yang secara mengejut menarik diri.



Lelong itu dijadual diadakan pada awal Oktober. Syarikat telekomunikasi semasa ialah Singtel, StarHub dan M1.



Sejurus sebelum penyertaan ditutup pada 5 petang Khamis, MyRepublic dan airYotta memperkenal pelabur dan eksekutif baru mereka.



MyRepublic mengumumkan pelabur strategik barunya, Leonie Hill Capital, sebuah firma pelaburan berpangkalan di Singapura, tanpa mendedahkan jumlah pelaburannya.



airYotta mengumumkan Encik Michael DeNoma sebagai ketua pegawai eksekutifnya dan Encik Philip Heah ketua pegawai teknologi.



Mereka bekas eksekutif OMGTel, yang mengumumkan hasrat menjadi syarikat telekomunikasi keempat Singapura pada Oktober 2014.



OMGTel, sebahagiannya dimiliki pakar sistem tanpa wayar tempatan Consistel, tidak lagi wujud berikutan pembentukan airYotta.



Dua minggu lalu, Consistel didenda $300,000 oleh Lembaga Pembangunan Infokom (IDA) kerana melanggar kewajipan pelesenan. Ia menandatangani satu perjanjian yang tidak dibenarkan untuk menjual sistem telekomunikasi Hub Sukan, yang dimilikinya, kepada syarikat lain.



Ia sedang merayu terhadap denda itu.



Polis juga sedang menyiasat Consistel kerana mengemukakan dokumen palsu bagi mengelirukan IDA agar menyangka perjanjian penjualan itu belum ditandatangani.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >