Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga inisiatif baru perkukuh sistem prasekolah

Aug 20, 2017 | 08:42 PM



PEMERINTAH akan melaksanakan tiga inisiatif baru, selain mengadakan institut pendidikan khusus bagi memperkukuh pendidikan prasekolah di sini, umum Perdana Menteri Lee Hsien Loong sebentar tadi.



Langkah pertama adalah dengan mewujudkan lebih banyak tempat untuk kanak-kanak mengikuti pendidikan prasekolah.



Sedang 50,000 tempat telah diwujudkan sepanjang lima tahun lalu, pemerintah bakal mewujudkan 40,000 tempat untuk lima tahun mendatang, dengan tumpuan diberikan kepada estet perumahan baru.



Ini akan menjadikan jumlah keseluruhan tempat yang ada bagi prasekolah kepada sekitar 200,000 - lebih seganda dari apa yang ada.



Sebuah pusat prasekolah baru akan dibangunkan di Sengkang West.



Menurut Encik Lee kekurangan tempat prasekolah adalah diantara usia 0 hingga 4 tahun.



"Tempoh ini adalah genting bagi pembangunan kanak-kanak. Jadi pengendali utama akan mewujudkan lebih banyak tempat untuk golongan ini.



"Sebagai permulaan, kami akan membangunkan Pusat-Pusat Pembangunan Awal di estet baru.



"Setiap Pusat Pembangunan Awal akan berganding dengan sebuah tadika MOE (Kementerian Pendidikan) berdekatan.



"Jadi bagi 0 hingga 4 tahun, anak anda boleh pergi ke Pusat Pembangunan Awal. 5 hingga 6 tahun, dia akan mendapat tempat yang disediakan di tadika MOE, jika anda ingin mengambil tawaran itu," kata Encik Lee.



Langkah kedua katanya, adalah dengan mempertingkat mutu pendidikan prasekolah bagi murid berusia 5 dan 6 tahun, yakni yang berada di K1 dan K2.



Menurut Encik Lee, tempat untuk golongan murid ini adalah mencukupi.



"Namun kami ingin mempertingkat mutunya. MOE akan memimpinnya. 15 Tadika MOE telah membantu dalam mempertingkat mutu dengan harga berpatutan. Ibu bapa tahu mereka boleh mempercayai jenama MOE," katanya.



Sehubungan itu umumnya, MOE akan mengadakan 50 tadika dalam lima tahun mendatang.



"Dengan cara ini, MOE akan memberi kesan lebih besar lagi terhadap pendidikan tadikanya. Ini akan mempengaruhi dan meningkatkan mutu keseluruhan sektor prasekolah.



Langkah ketiga katanya, Pemerintah akan memperingkat kerjaya guru prasekolah demi menarik guru dan penjaga yang lebih baik.



"Ini disebabkan mereka membawa perbezaan kepada anak-anak kita. Sebagai perbandingan, mari kita lihat apa yang telah kami lakukan untuk guru-guru MOE untuk sekolah rendah, sekolah menengah dan maktab rendah.



"Kami melatih guru-guru kita dengan baik. Kita mempunyai Institut Pendidikan Nasional (NIE). Guru-guru pelatih menyertai program NIE sebelum mereka mula mengajar. NIE melakukan penyelidikan dan memastikan kaedah pengajaran mereka menurut keadaan semasa," katanya.



Dari masa ke semasa tambah Encik Lee, guru-guru boleh kembali ke NIE untuk mempertingkat diri mereka dan bersiap untuk menjawat peranan lebih kanan.



"Guru-guru MOE melakukan kerja-kerja bermakna, mereka menikmati gaji yang bersaing dan mempunyai laluan kerjaya yang baik," ujarnya.



Di samping itu, guru-guru boleh menjadi Guru Kanan - menunjukkan kepada guru-guru yang lain bagaimana mereka boleh mengajar, atau menjadi pakar sesebuah mata pelajaran dan membangunkan sukatan pelajaran yang baru.



Selain itu, guru-guru juga boleh menjadi pemimpin di sekolah, sebagai Naib Pengetua, Pengetua atau Superintenden Kelompok.



"Kesemua ini boleh dilakukan kerana guru-guru telah dilatih dengan baik, diberikan gaji yang baik, dan mempunyai kerjaya yang baik. Jadi, adalah baik orang memilih kerjaya sebagai guru apatah lagi kita punya sistem pendidikan yang baik," ujarnya.



Untuk itu, Encik Lee mengumumkan bahawa Pemerintah akan membangunkan sebuah institut pendidikan prasekolah yang baru.



Ia akan dipanggil sebagai Institut Pembangunan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan (NIEC).



Ia memberi tumpuan kepada melatih guru prasekolah dan penjaga.



Kata PM Lee, institut yang baru ini akan menawarkan program pendidikan yang luas dari peringkat sijil sehinggalah diploma.



Sebagai memastikan sektor ini menarik tenaga kerjaya yang baik, gaji juga akan dipertingkat dan sepadan dengan kemajuan seseorang guru prasekolah.



"Kami telah menggandakan perbelanjaan tahunan sejak lima tahun lalu, dari $360 juta pada 2012 kepada $840 juta pada tahun ini.



"Kami akan menggandakan perbelanjaan kami sekali lagi untuk lima tahun mendatang, mencecah $1.7 bilion pada 2022 )



"Ia adalah satu yang berat tetapi pelaburan yang bermakna," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >