Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga kes baru Covid-19 dikaitkan dengan kelompok CGH

CGH
Jul 02, 2021 | 05:30 AM



TIGA daripada lima kes Covid-19 tempatan yang diumumkan kelmarin dikaitkan dengan kelompok di Hospital Besar Changi (CGH), menjadikan jangkitannya berjumlah 16.



Satu lagi dikaitkan dengan kelompok di Blok 105 Henderson Crescent, sementara bakinya dikaitkan dengan kelompok baru terdiri daripada tiga kes melibatkan seorang pesara berusia 76 tahun, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Kelompok yang dikaitkan dengan pesara wanita itu kali pertama dikesan apabila beliau mendapatkan rawatan perubatan di Hospital Besar Singapura (SGH) bagi isu perubatan yang tiada kaitan pada 25 Jun.



Ujian Covid-19 beliau pada hari sama didapati positif pada 26 Jun.



Semua lima kes masyarakat yang dilaporkan kelmarin dikaitkan dengan kes lalu dan dikesan semasa mereka di bawah kuarantin.



Jumlah kes baru dalam masyarakat dalam seminggu telah berkurangan daripada 98 kes dua minggu lalu kepada 68 minggu lalu.



Bilangan kes tiada kaitan dalam masyarakat dalam seminggu pula merosot daripada 19 kes kepada sembilan sepanjang tempoh sama.



Terdapat juga 11 kes import, yang telah diletak di bawah Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setiba mereka di Singapura.



Enam kes dikesan apabila mereka tiba di Singapura dan lima diuji positif sewaktu menjalani SHN atau sewaktu diasingkan.



Hingga tengah hari semalam, 10 kes baru Covid-19 di dilaporkan di Singapura, menjadikan jangkitan itu berjumlah 62,589 di sini, menurut MOM.



Kes baru itu terdiri daripada empat jangkitan dalam masyarakat dan enam kes import.



Kesemua empat kes masyarakat itu ada kaitan dengan kes lalu. Tiga daripada mereka memang telah dikuarantin, sementara satu dikesan menerusi pantauan.



Semua enam kes import sudah diletak di bawah SHN atau diasingkan setiba mereka di Singapura.



Satu daripada kes itu dikesan semasa tiba di sini sementara lima mengalami Covid-19 sewaktu SHN atau ketika diasingkan.



Hingga kelmarin, terdapat 33 kelompok jangkitan aktif, berkurangan daripada 34 pada Selasa lalu.



Dua kelompok yang dikaitkan dengan pesakit sebelum ini ditutup setelah tiada kes baru dikaitkan dengannya selepas 28 hari.



Hingga kelmarin, 36,926 lagi orang telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 mereka, sementara 4,588 menerima dos kedua di bawah program vaksinasi nasional.



Secara keseluruhan, sekitar 5.42 juta dos bagi sekitar 3.32 juta orang di Singapura telah diberi sejak 30 Disember tahun lalu.



Ini bermakna 58.1 peratus penduduk Singapura telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 sementara 36.8 peratus telah menerima kedua-dua dos.



Hingga kelmarin, 133 pesakit masih berada di hospital.



Kebanyakan mereka dalam keadaan baik dan di bawah pantauan.



Terdapat empat dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi (ICU), tiga daripada mereka tidak divaksin dan satu belum divaksin sepenuhnya. Semuanya berusia lebih 60 tahun.



Daripada lapan orang yang memerlukan sokongan oksigen, empat berusia 60 tahun dan ke bawah.



Sepanjang sekitar sebulan lalu, tiga pesakit meninggal dunia dan 21 memerlukan bantuan oksigen atau dimasukkan ke penjagaan rapi.



Dalam kalangan mereka, 20 tidak divaksin, sementara tiga telah menerima satu dos vaksin.



Yang terakhir divaksin sepenuhnya.



Singapura mempunyai 36 kematian akibat komplikasi Covid-19, sementara 15 yang diuji positif virus itu meninggal dunia atas sebab lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >