Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga pejalan kaki maut dalam nahas dekat MRT Yio Chu Kang, pemandu lori diberkas

Apr 23, 2018 | 12:24 PM



Tiga pejalan kaki terkorban selepas sebuah lori dipercayai merempuh mereka berhampiran stesen MRT Yio Chu Kang pagi semalam. (23 April). 



Seorang Pemandu lelaki berusia 25 tahun, mengalami kecederaan dalam kemalangan itu dan telah ditangkap kerana memandu dalam keadaan berbahaya hingga menyebabkan kematian. Polis berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan jalan raya yang melibatkan lori, bas SBS Transit dan tiga pejalan kaki di Ang Mo Kio Avenue 6 pada 9.30 pagi. Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengatakan bahawa pegawainya telah mengeluarkan dua mangsa yang terperangkap di bawah lori dengan menggunakan beg udara. Kesemua tiga pejalan kaki disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.



Menurut polis, pemandu lori itu telah dikejarkan ke Hospital Khoo Teck Puat dalam keadaan sedar. Akhbar The Straits Time melaporkan, berdasarkan tinjauan di tempat kejadian pada 11 pagi, sebahagian lalalu lintas telah dikepung. Sebuah lampu trafik tumbang akibat kemalangan itu dan sebahagian tiangnya berada di bawah lori. Terdapat tiga khemah biru di situ, dengan sebuah lori berdekatan dan bas SBS Transit. Cermin depan bas itu kelihatan retak teruk di sebelah kanan, sementara pagar longkang juga rosak akibat kesan rempuhan kemalangan itu. Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menerusi laman Twitter menulis pada kira-kira 10 pagi bahawa terdapat kemalangan di Ang Mo Kio Avenue 6, selepas Ang Mo Kio Avenue 9. Pengguna jalan raya diberitahu untuk mengelakkan lorong kiri di jalan menuju Ang Mo Kio Avenue 8.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >