Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga pelajar NUS terima Biasiswa Ekonomi Masa Depan daripada LBKM

Sep 19, 2017 | 05:30 AM



SEJAK kecil Encik Khairul Rizqi Mohd Shariff sudah memerhatikan perubahan dalam corak komunikasi antara manusia.



Dahulu komunikasi antara individu lebih kerap dilakukan secara bertentangan mata.



Namun, lama-kelamaan, ia lebih dilakukan secara elektronik dan tanpa wayar - daripada telefon biasa kepada komputer dan telefon bimbit bijak hari ini.



Dari situ, minatnya dalam bidang pengkomputeran mula berputik. Jejaka berusia 23 tahun itu kini seorang penuntut tahun keempat di Universiti Nasional Singapura (NUS) dalam jurusan sains komputer.



Semalam, Encik Khairul merupakan antara tiga penerima yang meraih Biasiswa Ekonomi Masa Depan dalam satu majlis.



Biasiswa bernilai $5,000 itu disumbangkan Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) dengan kerjasama Sekolah Pengkomputeran NUS.



"Anugerah ini sesuatu yang menggalakkan. Saya boleh menggunakannya untuk menyertai kursus lain bagi mempertingkat kemahiran," kata beliau, yang akan tamat pengajian tahun depan.



LBKM menyumbang $45,000 bagi biasiswa tersebut untuk tempoh tiga tahun kepada Sekolah Pengkomputeran NUS di majlis penyampaian biasiswa itu semalam.



Setiap tahun tiga pelajar akan dianugerahi biasiswa itu yang bernilai $5,000 seorang.



Biasiswa itu diperkenal demi menggalak pelajar memilih kursus relevan yang dapat mempersiap mereka untuk masa depan.



Turut hadir di majlis itu ialah Presiden LBKM, Encik Suhaimi Salleh, dan Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Encik Khairul menggalak lebih ramai anak muda Melayu menyertai bidang pengkomputeran agar mereka dapat mempersiap diri dan menyumbang kepada ekonomi masa depan.



"Sebagai sebahagian daripada usaha pendekatan mereka, Sekolah Pengkomputeran NUS pergi ke sekolah-sekolah, bahkan ke sekolah rendah untuk mengenali bakat awal.



"Pelajar yang berminat boleh mencuba menerokai bidang ini untuk melihat sama ada ia sesuai untuk mereka," katanya, sambil menambah bahawa beliau dahulu berdepan dengan cabaran dalam pengajian tetapi banyak menerima sokongan daripada pensyarahnya.



Seorang lagi penerima biasiswa itu, Encik Adil Azmoon, 22 tahun, turut mengongsi pandangan sama dengan Encik Khairul.



"Amat menggalakkan bahawa terdapat sokongan bagi anak muda Melayu menyertai industri penting ini. Pengkomputeran adalah arah yang sedang dituju dunia. Tidak kira di mana jua anda berada, ia akan mempunyai impak besar.



"Saya sendiri mula berminat dalam bidang teknologi hanya beberapa tahun lalu... Antara cara mudah untuk memutikkan minat adalah belajar sendiri dan menonton video di YouTube tentang bagaimana membina komputer, menulis bahasa pemprograman dan sebagainya," kata penuntut jurusan kejuruteraan komputer itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >