Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga remaja belanja pemandu Ryde makan aiskrim, rehat sebentar di tepi jalan

Sep 18, 2023 | 06:30 PM



Sering apabila hendak menempah khidmat kereta sewa privet di sini, kos dan jangka waktu perjalanan merupakan faktor yang diutamakan.

Tetapi bagi tiga remaja lelaki yang merupakan penumpang sebuat kereta sewa privet, mereka rela untuk ‘rilek-rilek’ sahaja.

Ketiga-tiga remaja Melayu itu sanggup berehat sebentar bersama pemandu kereta sewa mereka dengan memakan aiskrim di tepi jalan ketika berada dalam perjalanan pulang ke rumah.

Dalam satu video yang tular hujung minggu lalu, tiga remaja lelaki yang telah menempah khidmat kereta sewa privet menerusi aplikasi Ryde bagi satu perjalanan, mengongsi kisah mereka berehat sebentar bersama pemandu itu selepas membeli aiskrim dari sebuah cawangan restoran pandu lalu sebuah restoran segera di Yishun.

Video tersebut, yang mencatatkan lebih 48,400 tontonan sehingga Isnin 3 petang, kemudian menunjukkan tiga remaja itu bersama pemandu tersebut berehat di tepi jalan sambil menikmati aiskrim itu.




@syafiqstonem

Today’s such a random day #fy #grab

♬ original sound - sophi



Satu versi video itu yang diterbitkan oleh salah seorang remaja itu pula mencatatkan lebih 25,000 tontonan.

Apabila dihubungi Berita Harian pada Isnin, remaja yang memuat naik video tersebut, Muhammad Zul Erry, bersama dua temannya ,Aniq Mirza dan Muhammad Syafiq, ketiga-tiga mereka berusia 19 tahun, berkata mereka baru sahaja tamat pengajian di Institut Pendidikan Teknikal (ITE), Kolej Barat dan sedang menunggu masa menjalani Perkhidmatan Negara (NS).


Menurut Muhammad Zul, mereka bertemu pemandu tersebut yang hanya dikenali sebagai Encik Steven selepas menempah perjalanan dari HomeTeam NS Khatib ke rumahnya di Yishun Avenue 11 pada 11.57 malam Sabtu (16 September). Mereka baru sahaja tamat bermain boling di sana dan ingin menumpang rumah Muhammad Zul pada malam itu.

Pemandu tersebut kemudian memberitahu tiga remaja itu, bahawa beliau sering akan membuat perhentian di McDonald’s Yishun Safra untuk berehat sebentar apabila beliau sedang bertugas di kawasan itu.

“Selalunya apabila kami naik Grab, Tada, Gojek dan lain-lain lagi, kami sering ajak pemandu kami bersembang sebentar bersama kami,” kata Muhammad Zul.

“Kali ini, pemandu kami itu bertanya jika tempat tujuan kami itu dekat dengan Yishun Safra. Pemandu itu beritahu sekiranya beliau dapat tempahan dekat Yishun, beliau akan berhenti sekejap di McDonald’s Yishun Safra untuk beli aiskrim sundae strawberi untuk berehat sebentar.

“Kami pun dah lama tak makan aiskrim bersama, jadi kami fikir, apa lagi, kami teman beliau berehat untuk seketika,” katanya.

Menurut Muhammad Zul, mereka bertiga kemudian ambil keputusan untuk belikan aiskrim tersebut untuk pemandu itu.

Muhammad Zul berkata, Encik Steven telah menekan ciri aplikasi Ryde itu untuk menyelesaikan perjalanan itu apabila mereka memutuskan untuk membelikan aiskrim tersebut dan untuk makan bersama.

Mereka kemudian duduk di tepi jalan dekat Yishun Safra dan berehat sekitar 20 minit.

“Beliau berkongsi kisah kehidupan bekerja setiap hari dan memandu kereta sehingga lewat malam. Kadang-kala beliau berhenti sebentar untuk tidur dalam kereta sebab terlalu letih dan pernah juga anak lelakinya menghubungi beliau untuk minta bantuan dihantar ke kem NS,” kata Muhammad Zul.

Selesai sesi berehat itu Encik Steven menghantar ketiga-tiga remaja itu ke destinasi mereka.

Ramai pengguna TikTok yang memberi komen kepada video tersebut berkata ia merupakan satu pengalaman ‘wholesome’ - satu perkataan slang yang digunakan anak muda sekarang yang merujuk kepada perbuatan ramah, baik hati dan menyejukkan hati.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >