Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga saintis terkemuka Singapura terpikat pulang ke tanah air

Jan 08, 2016 | 10:40 AM



TIGA saintis terkemuka Singapura yang telah membina kerjaya cemerlang di luar negara akan kembali untuk meneruskan penyelidikan mereka di sini, di bawah skim yang memberi geran lumayan kepada mereka yang bersedia kembali dan mengambil kedudukan kepimpinan di sini.


Gergasi dalam bidang masing-masing - sains komputer, elektronik lanjutan dan biologi molekul tumbuh-tumbuhan - mereka dipikat di bawah Skim Saintis Kembali ke Singapura berprestij, yang diumum Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada 2013.


Profesor Andrew Lim, Dr Aaron Thean dan Profesor Chua Nam Hai menyertai saintis pertama di bawah skim tersebut, Profesor Ho Teck Hua, timbalan presiden (penyelidikan dan teknologi) di Universiti Nasional Singapura (NUS), lapor akhbar The Straits Times pada Jumaat (8 Jan).


Sebelum ini, Profesor Ho satu-satunya penerima di bawah skim tersebut.


Mulai Jumaat, Profesor Lim, seorang saintis komputer di sebalik lima syarikat berjaya, akan mengetuai jabatan kejuruteraan industri dan sistem di fakulti kejuruteraan NUS, manakala Dr Thean, seorang jurutera dan pencipta prolifik dengan 50 paten, akan menyertai NUS sebagai profesor kejuruteraan elektrik pada Mei.


Profesor Chua, pakar bioteknologi terkenal seluruh dunia yang menetap di New York sejak 1971, akan meneruskan peranan beliau di Makmal Sains Hayat Temasek (TLL) di Singapura sebagai timbalan pengerusi lembaga pengurusan dan pengerusi jawatankuasa strategi penyelidikannya.


"Tiga saintis yang kembali itu membangunkan kerjaya penyelidikan mereka dalam tempoh masa panjang, bermula ketika landskap penyelidikan dan pembangunan di Singapura kurang maju," kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF), Profesor Low Teck Seng.


"Dengan meninggalkan kerjaya mapan mereka untuk kembali ke Singapura, ia menunjukkan pengiktirafan mereka bahawa Singapura telah menjadi pusat R&D (penyelidikan dan pembangunan) besar."


Sasaran skim itu ialah menarik 10 saintis sains untuk kembali menjelang 2019, kata Profesor Low.


Setakat ini, NRF telah berhubungan dengan lebih 20 saintis sains di luar negara yang bekerja dalam bidang seperti sains komputer, kesihatan dan sains bioperubatan. Hanya saintis Singapura yang mempunyai kaliber paling tinggi layak, tekan Profesor Low.


Untuk menjadikan skim itu lebih menarik, NRF menawarkan geran permulaan penyelidikan sehingga $7.5 juta bagi setiap saintis meneruskan kerja R&D di sini.


Tarikan itu datang sedang syarikat swasta di Singapura mengurangkan perbelanjaan bagi penyelidikan, dan penyelidikan di luar negara menghadapi masa sukar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >