Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga syarikat teksi didenda kerana 'tidak ada teksi'

Nov 17, 2015 | 09:26 AM



TIGA syarikat teksi didenda oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) kerana tidak mencapai piawaian ketersediaan (availability) teksi.


Syarikat paling kecil, Prime, dikenakan denda paling tinggi, hampir $109,000.


SMRT didenda $21,396 kerana tidak mempunyai peratusan teksi yang diperlukan bagi mematuhi syarat perbatuan minimum harian pada Februari, manakala Premier didenda $12,027 bagi kesalahan sama pada Ogos.


Prime, yang mempunyai hanya lebih 850 teksi, didenda $108,990 bagi kesalahan sama antara Januari dengan Ogos dan juga kerana sebahagian besar teksinya tidak berada di jalan raya pada waktu sibuk.


Rangka kerja ketersediaan teksi, yang dilaksana mulai 2013, bertujuan meningkatkan bilangan teksi di jalan raya pada waktu sibuk dan memastikan penumpang boleh mendapatkan teksi.


Dalam kad laporan sembilan bulan yang dikeluarkan pada Isnin (16 Nov), LTA berkata piawaian itu telah membuahkan hasil.


Antara Januari dan September, 91 peratus daripada semua teksi berada di jalan raya pada waktu sibuk, meningkat daripada 89 peratus tahun lalu - bermakna terdapat tambahan kira-kira 2,000 teksi yang boleh disewa pengguna.


Peratusan teksi dengan perbatuan sekurang-kurangnya 250 kilometer juga meningkat daripada 80 peratus kepada 81 peratus.


Bagaimanapun, kadar penggunaan teksi setiap hari berkurangan sedikit daripada 68 peratus tahun lalu kepada 66 peratus.


Namun, ia masih lebih tinggi daripada 65 peratus pada 2013, dan secara keseluruhannya, ini menunjukkan keadaan di mana teksi bergerak tanpa penumpang berkurangan, kata LTA.


Di bawah rangka kerja itu, syarikat teksi dikehendaki memastikan 85 peratus dan 75 peratus daripada jumlah teksi mereka mencapai perbatuan harian 250 kilometer pada hari biasa dan hujung minggu.


Selain itu, mereka dikehendaki memastikan sebahagian besar teksi mereka berada di jalan raya pada waktu sibuk.


Hanya Comfort secara konsisten memenuhi semua piawaian ketersediaan teksi tahun ini.


Menteri Kanan Negara (Pengangkutan), Encik Ng Chee Meng, berkata beliau telah meminta LTA mengekalkan piawaian ketersediaan teksi itu tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >