Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tikam kenalan kerana marah diumpat

Dec 16, 2015 | 03:07 PM



DEK marah terhadap seorang kenalan yang dirasa telah mengumpat dia dan rakannya, seorang wanita pergi ke rumah kenalan itu lalu menikamnya di perut dan dada dengan pisau.


Pada Rabu (16 Dis), Linda Leong Sok Koon, yang telah didiagnosis mengalami gangguan personaliti antisosial, dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana mencederakan Encik Goh Tee Kuan, 43 tahun, pada 25 Julai lalu.


Hakim Daerah Salina Ishak kebelakangan hukuman ke atas Leong, 43 tahun, ke tarikh dia direman pada 28 Julai.


Mahkamah diberitahu bahawa Leong dan Encik Goh sudah kenal satu sama lain beberapa tahun.


Sebelum kejadian itu, Leong menyimpan dendam peribadi terhadap Encik Goh. Dia marah terhadap beliau kerana mengumpatnya dan rakannya, Cik Goh San Yen, 42 tahun.


Pada 6 petang hari itu, Leong dan Cik Goh pergi ke flat Encik Goh di Ang Mo Kio dengan membawa pisau, tetapi dia tidak masuk.


Hanya semasa lawatan ketiga pada 8 malam, Encik Goh membiarkan Leong masuk ke dalam flatnya dan dia menikam beliau di dada dan perut.


Encik Goh menjalani pembedahan dan dimasukkan ke Hospital Tan Tock Seng Hospital hingga 8 Ogos.


Leong mempunyai rekod menyebabkan kecederaan, termasuk dengan parang, serta melakukan perbuatan jahat dengan api.


Cik Goh, yang dituduh mempunyai niat bersama Leong untuk mencederakan Encik Goh, dilepaskan tetapi tidak dibebaskan daripada pertuduhan bulan lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >