PENYANYI Madonna (gambar) akan mengadakan konsert pertamanya di Singapura bulan depan. Konsert yang dinamakan Rebel Heart itu bakal berlangsung pada 28 Februari di Stadium Negara.
Konsert berkenaan telah diberikan had tontonan R18 oleh Penguasa Pembangunan Media (MDA) dengan nasihat pada unsur-unsur seksual dalam persembahan.