Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tikus: NEA akan ambil tindakan ke atas Hougang Mall dan FairPrice

Jun 03, 2016 | 08:41 AM



AGENSI Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan mengambil tindakan terhadap pengurusan Hougang Mall dan pengendali pasar raya NTUC FairPrice Cooperative selepas ia mendapati kegiatan tikus di premis mereka.



NEA bertindak menjalankan pemeriksaan pada Rabu (1 Jun) menyusuli sebuah video yang menunjukkan tikus di FairPrice di Kang Kar Mall, di sebelah Hougang Mall di Hougang Avenue 10, disiar dalam talian baru-baru ini.



Agensi itu berkata ia mengesan lima lubang tikus baru di kawasan luar di bawah pengurusan Hougang Mall dan akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengendali pusat beli-belah dan pasar raya itu.



Ia tidak berkata apa tindakan yang akan diambil.



Menurut laman webnya, pertubuhan makanan runcit menghadapi denda hingga $2,000 dan mata demerit, sementara pengurusan pusat beli-belah boleh didenda hingga $5,000 bagi serangan binatang perosak.



Pemeriksaan ke atas cawangan FairPrice dalam Kang Kar Mall juga mendedahkan tanda-tanda kegiatan tikus, seperti tahi tikus, kata seorang jurucakap NEA.



Masalah tikus di kawasan itu terdedah selepas pengguna Facebook Sun Yu Ming memuat naik gambar dan video tikus di pasar raya itu pada Isnin dan Selasa lalu.



Video seminit itu menunjukkan apabila Encik Sun menarik keluar roti dari rak-rak , tikus lari keluar ke arah bahagian sayur-sayuran.



Beliau juga memuat naik gambar menunjukkan pembungkusan roti digigit.



Jurucakap FairPrice berkata pada Rabu bahawa tikus dalam video itu telah ditangkap, dan bulan lalu sahaja pakar kawalan perosak mereka datang ke pasar raya itu lima kali.



Beliau juga berkata pasar raya itu telah membuang semua produk terjejas oleh tikus dan membersihkan kawasan tersebut dengan teliti.



Pada Khamis (2 Jun), NEA juga bertemu pihak berkepentingan itu untuk menasihati mereka mengenai pengurusan sampah yang betul dan cara menafikan tikus akses ke kawasan penyimpanan makanan bagi mengurangkan populasi tikus, tambah beliau.



Sebelum ini, NEA menerima lima kes maklum balas mengenai kegiatan tikus di Kang Kar Mall, dari awal tahun.



Ia menyiasat setiap aduan dan menjalankan pemeriksaan, tetapi tidak mengesan sebarang tanda kegiatan tikus di premis itu, kata jurucakap itu.



Bagaimanapun, semasa pemeriksaan rutin di kawasan luar antara Kang Kar Mall dan Hougang Mall dua minggu lalu, NEA mengesan dua lubang tikus di kawasan di bawah jagaan pengurusan Hougang Mall itu.



NEA telah memaklumkannya kepada pengurusan pusat beli-belah itu dan lubang tikus tersebut telah dirawat.



Namun pada Khamis, lubang baru ditemui.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >