Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Timbalan Ketua Pendakwa, Faizal Abdul Kadir, terdorong bantu kembang potensi pelajar undang-undang

Dec 30, 2022 | 05:30 AM



SELEPAS mewawancara ramai pemohon bagi Sekolah Guaman (Slaw) Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), Timbalan Ketua Pendakwa, Encik Mohamed Faizal Mohamed Abdul Kadir, mendapati sesuatu yang mengagumkan dalam kalangan pemohon jurusan profesional itu.



Beliau mendapati sekitar 80 peratus setiap kohort Sekolah Guaman SUSS terdiri daripada pelajar matang yang sudah mempunyai pengalaman pekerjaan terdahulu.



Menurutnya, bagi ramai pelajar undang-undang, menceburi bidang itu merupakan satu dedikasi dan minat yang telah ditangguh, digantung atau diketepikan atas pelbagai sebab dan cabaran hidup tertentu.



Lantaran itu, Encik Faizal telah mendapat ilham agar SUSS memberikan individu sedemikian Anugerah Daya Slaw.



"Dari segi terasnya, idea Anugerah Daya Slaw ini datang daripada sokongan yang telah diberikan kepada saya sepanjang perjalanan akademik dan profesional saya," kata Encik Faizal kepada Berita Harian menerusi e-mel.



"Mereka yang telah meraih nasib baik mencapai pendidikan tinggi, mempunyai tanggungjawab untuk membalas jasa dan budi.



"Ini telah membentuk perjalanan saya dalam menyumbang kepada masyarakat dan membentuk biasiswa dan program bantuan kewangan di pelbagai institusi sejak dua dekad lalu dan ia juga mempengaruhi saya mewujudkan niat untuk berbakti menerusi SUSS," tambahnya yang juga dinobat Anugerah Presiden bagi Belia dalam majlis Anugerah Presiden bagi Sukarelawan dan Dermawan (PVPA) pada 2015.



Encik Faizal merupakan seorang anggota jawatankuasa wawancara Sekolah Guaman SUSS dan beliau juga merupakan penderma yang berniat membangunkan generasi peguam seterusnya di sini.



Sebelum ini, beliau turut telah membangunkan dermasiswa di sekolah lamanya, Sekolah Menengah Bedok North dan Maktab Rendah Tampines, bagi pelajar berkeperluan yang menunjukkan prestasi akademik baik.



Anugerah Daya Slaw dilancarkan Menteri Negara Kanan (Undang-undang merangkap Kewangan), Cik Indranee Rajah, pada 7 Oktober lalu.



Ia diperkenal bagi mengiktiraf daya tahan pelajar Slaw yang berupaya mencapai kecemerlangan akademik tidak kira cabaran dan keadaan yang mereka lalui.



Anugerah itu akan diberikan setiap tahun kepada sekurang-kurangnya dua pelajar berkeperluan namun telah menunjukkan daya tahan dalam mengatasi cabaran serta menunjukkan prestasi baik sewaktu di sekolah.



Setiap anugerah bernilai $750. Ia dibiayai menerusi pengumpulan dana oleh sumbangan masyarakat menerusi platform Giving.sg.



Ia turut diharapkan agar pelajar tersebut akan menyumbang balik kepada masyarakat apabila mereka lebih berupaya nanti.



Penyampaian pertama anugerah itu bakal diadakan tahun depan.



"Ramai daripada individu yang telah saya wawancara memiliki kisah dan naratif yang sangat mengagumkan, dan latar belakang yang berinspirasi. Ia sesuatu yang layak disambut dan Anugerah Daya Slaw ini bermatlamat untuk berbuat demikian," kata penerima Anugerah Jauhari 2020 itu, merujuk kepada pelajar yang ditemuinya.



Menurutnya, beliau telah berbincang dengan Slaw tentang bagaimana beliau dapat membangunkan sesuatu bagi menyokong komuniti pelajar undang-undang SUSS secara kolaboratif.



"Ia merupakan harapan saya agar anugerah ini bukan sahaja menawarkan sokongan kewangan kepada penerima, namun juga lebih penting menyebarkan mesej bahawa masyarakat kita akan terus menyokong mereka mengatasi sebarang cabaran yang bakal dilalui," kata Encik Faizal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >