Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tinggalkan bayi dalam beg SG50: Remaja lelaki dihukum probesen, khidmat masyarakat

Feb 04, 2016 | 02:18 PM



REMAJA 18 tahun yang, bersama temanitanya berusia 14 tahun, meletak anak mereka yang baru lahir dalam beg SG50 dan meninggalkannya di luar rumah ibu bapanya dijatuhi hukuman probesen dua tahun dan khidmat masyarakat 100 jam.


Dia mengaku bersalah bulan lalu atas tuduhan melakukan tindakan terburu-buru membahayakan kehidupan manusia dengan meninggalkan bayi baru lahir tanpa pengawasan. Dia juga mengaku salah bagi empat tuduhan seks bawah umur bersama temanitanya.


Dalam menjatuhkan hukuman pada Khamis (4 Feb), Hakim Mahkamah Masyarakat Mathew Joseph melahirkan harapan remaja itu akan menjadi ayah yang baik. Beliau kini bekerja sebagai juruteknik kabel rangkaian Internet, dan menyumbang $200 bagi sara kanak-kanak itu.


Bayi tersebut kini dijaga nenek temanitanya.


Mahkamah diberitahu bahawa pasangan pelajar sekolah menengah itu berkenalan dalam majlis menyambut kelahiran bayi seorang jiran gadis itu.


Pada Januari tahun lalu, selepas dia mencapai umur 14 tahun, mereka melakukan hubungan seks tanpa perlindungan di tangga blok HDB tempat gadis itu tinggal.


Beberapa hari kemudian, mereka mengadakan hubungan seks sekali lagi di tempat sama. Selepas itu, mereka memutuskan memberi tumpuan pada pelajaran dan mengurangkan pertemuan.


Sekitar Mei atau Jun, gadis itu memberitahu teman lelakinya dia hamil, dan mereka menyembunyikan perkara tersebut.


Pada 2 Ogos, kira-kira tengah hari, gadis itu berasa sakit perut yang amat sangat semasa duduk di tandas, dan kemudian mendengar suara bayi menangis.


Dia melihat ke dalam mangkuk tandas dan ternampak seorang bayi. Dia mengambil bayi baru lahir itu, membersihkannya di sinki, dan kemudian menghubungi teman lelakinya, yang mencadangkan mereka meletakkan bayi di luar rumahnya supaya keluarganya boleh membesarkan bayi itu.


Dia mahu melihat anaknya membesar tanpa sesiapa mengetahui ia anaknya.


Sebelum meninggalkan bayi tersebut di dalam beg SG50 di luar rumahnya, remaja lelaki itu menulis surat dan meletakkannya di dalam beg berisi bayi tersebut.


Bayi tersebut ditemui ibu remaja lelaki itu pada 4 petang. Ia kemudian dibawa ke hospital oleh paramedik.


Pada kira-kira 9 malam hari itu, pasangan tersebut mengaku ia bayi mereka, dan analisis DNA kemudian mengesahkannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >