Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tinjauan: 2 dalam 5 pernah alami gangguan seksual di tempat kerja

Jan 15, 2021 | 05:30 AM



DUA dalam lima pekerja di Singapura pernah diganggu secara seksual di tempat kerja dalam lima tahun kebelakangan ini.



Ini menurut satu tinjauan oleh Ipsos, sebuah syarikat penyelidikan pasaran, dengan persatuan memperjuang hak wanita Aware.



Seramai 1,000 responden yang terdiri daripada rakyat Singapura dan penduduk tetap yang bekerja telah mengambil bahagian dalam tinjauan yang dilakukan pada November tahun lalu itu.



Apabila ditanya jika mereka pernah diganggu secara seksual di tempat kerja dalam masa lima tahun kebelakangan ini, hanya seorang daripada lima responden mengesahkannya.



Namun, apabila situasi khusus tentang jenis gangguan diterangkan kepada mereka, dua dalam lima menjawab bahawa mereka pernah mengalami situasi sedemikian.



Ini menunjukkan adanya jurang besar mengenai pemahaman mengenai apa yang dimaksudkan dengan gangguan seksual, kata Aware dan Ipsos dalam satu kenyataan bersama semalam.



Gangguan selalunya dilakukan oleh rakan sekerja atau mereka yang berpangkat lebih tinggi daripada mangsa, menurut tinjauan itu lagi, dengan hanya segelintir membuat laporan tentang gangguan yang mereka alami.



Mereka yang tidak membuat laporan pula menyatakan keinginan untuk melupakan insiden tersebut, kerana mereka percaya pengalaman seperti itu tidak teruk, ataupun tiada bukti yang kukuh untuk melaporkannya.



Dua dalam lima kes yang dilaporkan menyatakan pengganggu ditukarkan ke jabatan lain atau diberhentikan; namun satu dalam lima kes yang lain menunjukkan tiada sebarang tindakan yang diambil terhadap mereka.



Situasi gangguan yang digambarkan di dalam tinjauan ini termasuk:



  • Gambar, gurauan, teks atau gerak isyarat yang bersifat seksual atau seksis, di mana satu dalam lima melaporkan pernah mengalami situasi ini; dengan kira-kira satu dalam 10 pernah mengalami ini pada tujuh situasi berbeza dalam masa lima tahun kebelakangan ini.

  • Kenyataan kasar dan tidak menyenangkan, gurauan atau gerak isyarat yang bersifat seksual atau seksis, di mana satu dalam lima telah melaporkan pernah mengalami situasi sedemikian; kira-kira satu dalam 10 berhadapan dengan tingkah laku sebegini pada lima situasi berbeza dalam masa lima tahun kebelakangan ini.

Ketua Penyelidikan dan Advokasi di Aware, Cik Shailey Hingorani, berkata pihaknya maklum tentang masalah gangguan seksual di tempat kerja yang berlaku di Singapura.



"Namun, sehingga sekarang, belum ada data nasional tentang kekerapannya. Tinjauan ini menunjukkan bahawa gangguan seksual di tempat kerja ialah satu masalah yang mendesak," katanya.



Pengarah Hal Ehwal Awam Ipsos di Singapura, Cik Melanie Ng, pula berkata: "Kajian ini telah mengenal pasti tentang kelaziman gangguan seksual di tempat kerja di Singapura hari ini dan hal ini berlaku kepada lelaki dan wanita.



"Para majikan juga harus memastikan saluran untuk pekerja melaporkan situasi sedemikian adalah berkesan dan selamat untuk mereka mendapatkan bantuan yang mereka perlukan, selain pendidikan mengenai subjek ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >