Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tinjauan dapati keharmonian antara kaum kukuh

Jun 17, 2014 | 02:59 PM



SEDANG dunia menyaksikan manusia kini lebih mentaati agama, keharmonian antara masyarakat berbeza agama di sini kekal kukuh, dengan majoriti orang-orang di sini percaya masyarakat dari agama berbeza menikmati hubungan baik, demikian hasil tinjauan Institut Pengajian Dasar (IPS).


Kunci kepada keadaan aman di sini adalah disebabkan dasar-dasar Pemerintah terhadap agama, dan peranannya sebagai penimbangtara terhadap sesuatu pertikaian, kata penyelidik utama tinjauan itu, Encik Mathew Mathews.


Ini merupakan pembentangan ketiga hasil tinjauan yang dilakukan secara besar-besaran tentang kaum, agama dan bahasa oleh institusi tersebut.


Menurut hasil terbaru tinjauan ini, yang mengukur tanggapan peribadi terhadap agama, 66.6 peratus daripada kira-kira 6,000 orang yang ditanya bersetuju bahawa masyarakat berbeza agama hidup harmoni di negara ini.


Sebahagian lagi, atau 29.1 peratus mereka yang turut serta dalam tinjauan berkenaan bersikap berkecuali, sementara 4.3 peratus lagi tidak bersetuju.


Dapatan ini, kata Dr Mathews, menunjukkan "keharmonian agama di sini berada di paras yang sihat".


Sebagai contoh, kira-kira sembilan daripada 10 orang yang ditinjau melaporkan, mereka berasa selesa mempunyai rakan sekerja atau jiran yang berlainan agama.


Jumlah ini bagaimanapun merosot apabila ia menyentuh soal hubungan dalam lingkup peribadi.


Hanya dua daripada 10 penganut Kristian Protestan menyatakan kesediaan sekiranya anak mereka berkahwin dengan seorang Muslim.


Hal yang sama turut didapati di kalangan Muslim.


Tetapi kata Dr Mathews, ini mungkin disebabkan larangan agama - Islam dan Kristian menggalak perkahwinan di kalangan penganut agama masing-masing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >