Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tinjauan: Jumlah penumpang teksi merosot, ramai guna Uber dan Grab

Feb 24, 2018 | 05:30 AM



JUMLAH teksi yang berkurangan dan trend menggunakan aplikasi seperti Uber dan Grab, telah menyumbang kepada penurunan secara purata penumpang harian bagi teksi yang kini mencatat kemerosotan sebanyak 18 peratus - daripada 954,000 penumpang pada 2016 kepada 785,000 penumpang tahun lalu.



Hasil tinjauan Majlis Pengangkutan Awam (PTC) yang dikeluarkan semalam juga menunjukkan, penumpang lebih cenderung menggunakan khidmat kereta sewa privet berbanding teksi, lapor The Straits Times.



Lebih 70 peratus penumpang yang ditinjau tahun lalu berkata mereka menaiki kereta sewa privet dalam tempoh tujuh hari yang lalu - kenaikan 20 mata peratusan daripada 50 peratus dalam tinjauan tahun sebelumnya.



Sebagai perbandingan, sekitar 30 peratus responden berkata mereka menaiki teksi dalam tempoh tujuh hari sebelumnya dalam tinjauan tahun lalu, lebih kurang berbanding 50 peratus dalam tinjauan 2016.



Mengulas trend itu, PTC berkata:



"Ini mungkin disebabkan jumlah penumpang teksi yang lebih rendah dan ketersediaan lebih banyak khidmat kereta sewa privet."



Tinjauan dari pintu ke pintu majlis itu mengenai penggunaan teksi dan khidmat kereta sewa privet itu, yang melibatkan lebih 1,500 rakyat Singapura berusia 15 tahun ke atas, dijalankan pada Julai dan Ogos tahun lalu.



Secara berasingan, PTC semalam juga mengeluarkan tinjauan kepuasan penumpang tahunan mengenai pengangkutan dari satu destinasi ke destinasi yang lain tanpa henti, atau point-to-point transport.



Tinjauan itu mendapati kededua teksi dan khidmat kereta sewa privet menyaksikan peningkatan dalam markah kepuasan secara purata, yang berdasarkan skala antara 1 hingga 10, dengan 1 menandakan penumpang rasa "amat tidak berpuas hati" dan 10 menandakan "amat berpuas hati".



Khidmat kereta sewa privet meraih markah kepuasan purata 8.2 dalam tinjauan tahun lalu, berbanding 7.9 dalam tinjauan 2016.



Teksi pula mencatatkan markah purata 7.9 tahun lalu dan 7.5 pada 2016.



"Penumpang teksi rasa paling berpuas hati dengan tiga ciri keselamatan, pengetahuan pemandu mengenai laluan perjalanan dan maklumat perkhidmatan sementara penumpang kereta sewa privet rasa paling berpuas hati dengan kemudahan tempahan, keselamatan dan maklumat perkhidmatan," kata PTC.



Ia menambah:



"Tinjauan juga menunjukkan bahawa diskaun yang banyak oleh khidmat kereta sewa privet merupakan sebab kemungkinan besar mengapa responden lebih memilih menaiki kereta sewa privet berbanding bas dan MRT."



Tinjauan kepuasan penumpang itu mendekati 1,500 penumpang teksi dan kereta sewa privet berusia 15 tahun ke atas di 30 lokasi serata negara.



Ia dijalankan daripada Ogos hingga September tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >