Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tinjauan: Majoriti warga sokong langkah PM Lee berhubung 'rumah pusaka'

Dec 22, 2015 | 05:16 PM



SEBAHAGIAN besar warga Singa menghargai langkah perdana menteri Lee Hsien Loong dan adik lelakinya, Encik Lee Hsien Yang, untuk beramal dengan mendermakan separuh nilai rumah Oxley Road, peninggalan bapa mereka, kepada lapan pertubuhan amal.


Ini didedahkan firma YouGov Asia-Pacific yang melakukan tinjauan ke atas 1,000 warga antara 9 hingga 11 Disember lalu, tentang bagaimana perasaan rakyat negara ini menyentuh soal rumah peninggalan mantan perdana menteri pertama republik ini.


Hasil tinjauan itu mendapati, majoriti atau 61 peratus berasa tindakan Encik Lee dan adiknya itu adalah baik, sedang 17 peratus responden lagi berasa mereka harus mendermakan keseluruhannya kepada amal.


Dalam pada itu, 7 peratus responden berasa adalah tidak perlu untuk mereka mendermakan rumah itu untuk amal, sedang 10 peratus lagi menyatakan "tidak peduli" dan 5 peratus lagi "tidak tahu menahu" tentang perkara itu.


Sementara itu, sebahagian besar warga Singapura menyokong keputusan yang dibuat Encik Lee dan adik-beradiknya, Encik Lee Hsien Yang dan Dr Lee Wei Ling, untuk merobohkan rumah peninggalan bapa mereka.


Hampir 80 peratus (77 peratus) daripadanya menyokong langkah berkenaan, sedang 61 peratus pula berpendapat mereka harus memenuhi permintaan mantan perdana menteri Singapura, mendiang Encik Lee Kuan Yew dan ahli keluarganya.


Selebihnya, atau 39 peratus lagi pula menyatakan bahawa mereka harus menghormati privasi mendiang Encik Lee dan ahli keluarganya.


Bagaimanapun, ada juga yang ingin melihat rumah peninggalan mendiang Encik Lee dikekalkan.


Menurut YouGov, 15 peratus warga Singapura tidak menyokong keputusan untuk merobohkan rumah itu dan di kalangan mereka, sebahagian besarnya atau 75 peratus menyatakan bahawa rumah itu punya nilai sejarah dan budaya yang tinggi.


Atas dasar itu, keluarga Encik Lee harus membuka pintunya agar ia boleh dikunjungi orang ramai.


Selebihnya, atau 25 peratus lagi merasakan rumah itu adalah milik rakyat Singapura dan mereka punya hak untuk menyatakan apakah yang harus dilakukan ke atas rumah itu.


Perdana Menteri dalam kenyataan bersama pada 4 Disember lalu menyatakan bahawa ""Dr Lee Wei Ling dan Encik Lee Hsien Yang ingin menghormati permintaan mendiang Encik Lee Kuan Yew agar rumah di 38, Oxley Road dirobohkan selepas Dr Lee Wei Ling tidak lagi tinggal di rumah tersebut".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >