Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tinjauan: Tiada tempat selamat untuk ibu bapa letak foto anak di Internet

Ibu bapa ada kata kunci akaun anak; Anak-anak pula berani 'sorok' aktiviti mereka
Nov 05, 2015 | 05:53 PM



HASIL dapatan satu tinjauan dalam talian mendapati sebahagian ibu bapa di sini berasakan tidak ada tempat yang selamat di alam siber untuk meletakkan gambar anak-anak mereka.


Namun, sesetengah ibu bapa yang ditinjau pula berasa 'ok' apabila anak-anak mereka menjalin persahabatan dengan orang dewasa di media sosial - asal sahaja orang dewasa itu adalah ahli keluarga atau seseorang yang dikenali ataupun guru mereka.


Selain itu, kebanyakan ibu bapa di sini berasakan laman media sosial yang sering digunakan anak-anak mereka adalah Facebook (88 peratus), Whatsapp (73 peratus), Youtube (54 peratus), Instagram (47 peratus), Twitter (33 peratus) dan Skype (21 peratus).


Demikian antara hasil dapatan bagi tinjauan dalam talian oleh Intel Security yang dijalankan oleh MSI International melibatkan 8,026 kanak-kanak dan remaja berusia antara 8 hingga 16 tahun dan seramai 9,017 ibu bapa dari serata dunia yang dibentangkan hari ini.


Tinjauan ini dijalankan di Amerika Syarikat, Kanada, Brazil, Britain, Jerman, Perancis, Sepanyol, Jepun, Australia, Singapura dan India.


Bagi tinjauan di Singapura, ia melibatkan 1,002 peserta - 501 ibu bapa dan 501 kanak-kanak dan remaja berusia 8 hingga 16 tahun.


Wawancara secara dalam talian dilaksanakan mulai 28 April hingga 12 Mei tahun ini.


Dari kalangan ibu bapa yang ditinjau, tujuh daripada setiap 10 atau 69 peratus mereka memantau atau berhubung dengan anak mereka di Internet dan laman sosial, dengan harapan dapat mengetahui dengan siapa anak mereka berkawan dan berhubungan.


Malah, sembilan daripada setiap 10 atau 89 peratus pula menyatakan mereka akan memantau setiap aktiviti anak-anak mereka di setiap wadah digital yang ada, dengan 52 peratus pula berkata, mereka tahu kata kunci yang membolehkan mereka 'masuk' akaun anak-anak mereka di setiap wadah dan aplikasi digital serta saluran media sosial mereka.


Namun begitu, setiap enam daripada 10 atau 61 peratus kanak-kanak pula menyatakan, mereka akan sembunyikan aktiviti mereka daripada ibu bapa, dengan 59 peratus lagi akan mengubah 'sikap' mereka apabila tahu ibu bapa sedang memerhatikan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >