Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tolak rasuah walau lelaki tawar 'apa saja yang dia ada'

Apr 08, 2016 | 07:59 AM



KOPERAL Abdul Hakim Abdul Razak masin ingat dengan pertama kali beliau ditawarkan rasuah.



Ia berlaku pada Disember 2013, ketika beliau berumur 23 dan bekerja sebagai pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).



Seorang lelaki yang memberhentikan keretanya di Pusat Pemeriksaan Woodlands tidak mempunyai pasportnya. Protokol standard dalam keadaan seperti itu aialah untuk memeriksanya dan kenderaannya.



Koperal Hakim menemui satu paket bahan serbuk putih dan lelaki itu menawarkannya RM500 ($170) agar tidak menahannya.



"Lelaki itu kedengaran benar-benar terdesak. Dia berkata dia akan memberi saya semua yang dia ada jika saya lupakan kesnya," kata Koperal Hakim, yang kini berusia 26 tahun.



"Tetapi saya memberi amaran kepadanya bahawa adalah salah untuk memberi rasuah kepada pegawai bertugas."



Beliau merujuk lelaki itu kepada Sarjan Tan Jian Bao daripada Biro Narkotik Pusat (CNB), yang juga bertugas di pusat pemeriksaan.



Lelaki itu kemudian menawarkan Sarjan Tan RM800 untuk menutup mata pada apa yang jelas merupakan kesalahan dadah.



Sarjan Tan berkata: "Hanya kemudiannya saya mendapat tahu bahawa lelaki itu menawarkan rasuah kepada kedua-dua Hakim dan saya."



Beliau menambah: "Orang ramai menawarkan saya dan pegawai rakan-rakan saya rasuah adalah perkara biasa bagi dalam tugas saya. Kami perlu memberi amaran kepada mereka yang melakukannya bahawa ia menyalahi undang-undang."



Orang yang menawarkan mereka rasuah didapati bersalah bagi pertuduhan rasuah dan dadah, dan dijatuhi hukuman penjara 13 bulan pada 2013.



Pada Khamis (7 Apr), kedua-dua pegawai itu dipuji kerana menolak rasuah. Mereka antara beberapa pegawai lain yang menerima plak pujian daripada Perdana Menteri Lee Hsien Loong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >