PEMINAT drama popular Astro seperti Suri Hati Mr Pilot, Kerana Aku Tak Cinta dan Imam Mudaku Romantik sekarang berpeluang menyaksikan drama itu semula bila-bila masa di telefon bimbit atau tablet mereka.
Ini kerana khidmat video Astro, Tribe, yang menyajikan program Astro Ria dan Astro Prima, sekarang ditawarkan di bawah khidmat kandungan video over-the-top (OTT) Singtel, CAST.