Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tower Transit dari UK diberi kontrak pertama kendali khidmat bas di Jurong

May 08, 2015 | 07:02 PM



PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) telah memberi kontrak pakej bas pertama kepada sebuah pengendali bas dari United Kingdom, Tower Transit Group Limited.


Bermula dari suku kedua tahun depan, Tower Transit akan mengendalikan depot bas Bulim yang baru di Jurong West Avenue 2, selain 26 perkhidmatan bas dari pusat tukaran bas Jurong East, Bukit Batok dan Clementi.


Tower Transit akan menerima anggaran bayaran sejumlah $556.0 juta selama tempoh kontrak lima tahun itu.


Tender bagi pakej Bulim dibuka pada 3 Oktober 2014 dan mendapat 11 tawaran apabila ditutup pada 19 Januari lalu.


Semua permohonan tender dinilai berdasarkan kriteria yang sama, termasuk pertimbangan tentang mutu dan harga, dengan lebih pertimbangan diberikan kepada mutu.


Tower Transit menerima jumlah markah gabungan yang tertinggi bagi mutu dan harga.


Syarikat itu ditubuhkan pada 2013 oleh rakan kongsi Transit Systems yang telah mengendalikan rangkaian bas awam Australia sejak 1996.


Operasinya telah berkembang ke London di bawah model kontrak bas yang sama.


Ia kini mempunyai 2,000 pekerja dan mengendalikan sekitar 650 bas di UK, mengangkut  lebih 115 juta penumpang setahun.


Permohonan tender Tower Transit didapati terbaik keran ia merangkumi kesemua keperluan perkhidmatan bas awam dan mengutamakan perkembangan tenaga manusuia dan rejim penyelenggaraan aset bas serta  infrastrukturnya ketat dengan kadar nisbah yang baik antara bas dengan teknisyen.


Tower Transit mempunyai perancangan menyeluruh bagi menarik dan mengekalkan kapten bas, termasuk mengadakan shif kerja yang lebih fleksibel dan mengadakan latihan seta laluan kerjaya komprehensif bagi setiap kakitangan.


Syarikat itu sudah pun mula mencari kakitangan bagi operasinya di Singapura dengan lebih 900 jawatan kosong ditawarkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >