Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TR Emeritus minta maaf bagi artikel yang dakwa bil hospital Heng Swee Keat ditanggung pembayar cukai

Jun 07, 2016 | 02:35 PM



LAMAN web sosiopolitik TR Emeritus (TRE) telah memohon maaf atas laporan dalam taliannya yang mendakwa perbelanjaan perubatan Menteri Kewangan Heng Swee Keat dibiayai oleh pembayar cukai, yang pemerintah sifatkan sebagai satu "pembohongan terang-terangan".



Dalam pos pertama daripada dua pos Facebook pada pagi Selasa (7 Jun), TRE berkata ia telah menerbitkan semula komen seorang pembaca dalam sebuah artikel pada Jun 6, yang berkata kos kepada pembayar cukai bagi bil perubatan Encik Heng sehingga kini berjumlah hampir $500,000 - "tanpa memeriksa fakta asasnya".



"Oleh itu kami meminta maaf bagi perkara ini," katanya.



Tetapi ia menambah bahawa mengikut terma dan syarat perkhidmatannya, ia mempunyai hak menerbitkan sembarang bahan yang dihantar ke laman web itu dalam sembarang format, dan ia telah "melakukan demikian sebagai sebuah platform sosiopolitik".



Penghasil kandungan "bertanggungjawab sepenuhnya bagi sembarang liabiliti yang timbul daripada penerbitan mesej (nya)," katanya.



Dalam satu lagi pos Facebook dua jam kemudian, editornya berkata "bukan niat kami untuk memberi gambaran salah mengenai fakta".



"Kami percaya bahawa fakta yang diberi oleh penulis itu benar kerana memang pernah terdapat satu skim (pada masa lalu) apabila kakitangan awam dilindungi sepenuhnya oleh keadaan kecederaan dan penyakit semasa waktu kerja," katanya, sambil menambah oleh kerana Encik Heng berada dalam satu mesyuarat Kabinet semasa beliau rebah, "menjadi perkara biasa untuk menganggap" bahawa Negara akan menampung perbelanjaan perubatannya.



Encik Heng, 54 tahun, rebah semasa mesyuarat Kabinet pada 12 Mei selepas mengalami strok. Beliau dihantar ke Hospital Tan Tock Seng di mana doktor berjaya menutup aneurisme yang pecah, yang menyebabkan pendarahan di dalam otak.



Artikel TRE pada 6 Jun berkata Encik Heng tentu akan "dikelilingi sepanjang masa oleh pakar neurologi Konsultan Kanan bertaraf Profesor dan A/Profesor, pemeriksaan harian oleh pakar lain, doktor, jururawat amalan maju, dan satu pasukan pengawal peribadi yang bergilir-gilir".



"Ini bermakna bil itu akan berjumlah sekurang-kurangnya $15,000 sehari yang sebenarnya dibiayai oleh wang pembayar cukai. Telah 25 hari berlalu sejak dimasukkan ke hospital pada 6 Jun 2016," tambah TRE.



Sebagai respons, Pemerintah berkata dakwaan itu satu "pembohongan terang-terangan".



Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook Gov.sg sejurus selepas tengah malam pada Selasa (7 Jun), Pemerintah berkata TRE "sekali lagi cuba mengelirukan orang ramai", sambil menambah bahawa menteri di Singapura berada di bawah skim faedah perubatan yang sama - skim Medisave dengan Pesakit Luar Bersubsidi (MSO) - dengan kebanyakan kakitangan awam.



"Menteri tidak menerima manfaat tambahan bagi diri mereka sendiri atau pasangan/anak mereka. Semua menteri dan pemegang jawatan politik lain membayar cukai."



Menurut kenyataan itu, rawatan hospital Encik Heng "sangat pasti tidak ditanggung oleh wang pembayar cukai".



Dalam pos Facebook terbarunya, TRE berkata ia kini menyedari perubahan pada faedah perubatan kakitangan awam.



"Kami telah menulis kepada PSD (Bahagian Perkhidmatan Awam) memandangkan maklumat ini, dan juga untuk menyatakan kekecewaan kami bahawa mereka menuduh kami mengelirukan orang ramai," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >