Tragedi MH370 tidak patah semangat untuk melancong

TRAGEDI pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak lebih sebulan lalu tidak mematahkan keinginan orang ramai untuk melancong ke luar negara, namun insiden itu telah membuat mereka lebih berhati-hati dalam merancang perjalanan penerbangan mereka.

Beberapa 'kaki melancong' yang dihubungi Berita Harian (BH) baru-baru ini berkata mereka akan hanya memilih menaiki pesawat syarikat penerbangan yang boleh dipercayai dan mempunyai rekod keselamatan yang baik.

Tidak kurang juga yang berkata mereka akan memberi lebih banyak perhatian kepada taklimat keselamatan sebelum penerbangan dan mendapatkan insurans pelancongan bagi melindungi diri sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini dalam perjalanan.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 25
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.