Trend keluarga tiri kian meningkat

Ervina Mohd Jamil

TREND mempunyai keluarga tiri di Singapura semakin meningkat, namun ia tidak sepatutnya dilihat sebagai satu masalah.

Sebaliknya, kata Presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Rahayu Mohamad, masyarakat perlu terus menyokong mereka agar mereka dapat hidup seperti keluarga biasa.

Ini dinyatakan beliau dalam sebuah persidangan yang membincangkan dengan lebih mendalam tentang cabaran dihadapi keluarga tiri telah hari ini.

Anjuran Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), persidangan buat julung-julung kali itu diadakan di Pusat Konvensyen Suntec.

Ia dirasmikan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Chan Chun Sing.

Antara matlamat sidang itu ialah mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan karyawan khidmat sosial yang menghadiri sidang itu agar mereka dapat terus menyokong keluara tiri di sini dengan lebih berkesan.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 29
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.