Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Trend membimbangkan jumlah kes individu jadi radikal yang bertambah: Faishal

Mar 27, 2022 | 05:30 AM



JUMLAH kes individu menjadi radikal yang meningkat sejak tujuh tahun lalu merupakan trend yang membimbangkan.



Justeru kerjasama bersama masyarakat, khususnya, menjadi "tunggak genting" dalam perjuangan menentang keganasan, sejak penahanan anggota Jemaah Islamiyah (JI), kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, semalam.



Beliau menekankan betapa penting untuk terus bijak menilai pandangan memecahbelahkan dan berunsur ekstremis yang disebarkan dalam talian yang mempunyai potensi menjadikan individu radikal atau, dalam senario paling teruk, menyebabkan mereka mudah terdedah kepada ekstremisme ganas.



Menyentuh tentang kerjasama dengan masyarakat dalam ucapannya di forum bertajuk Belia Berdaya Tahan untuk Negara Padu, Dr Faishal berkata:



"Pemerintah sahaja tidak akan dapat menjadikan ancaman terrorisme berkurangan tanpa kerjasama kukuh daripada masyarakat ataupun pertubuhan seperti Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) dan Kumpulan Jagaan Lanjut Antara Agensi (ACG) yang telah memainkan peranan penting dalam pemulihan tahanan dan mereka yang diselia berkaitan keganasan."



Setiap individu, kata Dr Faishal, memainkan peranan penting untuk menentang dan mencegah ekstremisme ganas di Singapura.



Dalam pada itu, beliau turut meluahkan terima kasih terhadap rakan masyarakat seperti Persatuan Perkhidmatan Sosial Muslim India (IMSSA) yang telah tampil untuk mengukuhkan daya tahan masyarakat menentang idea ekstremis.



Semalam IMSSA telah mengadakan forum belia yang dihadiri 200 belia berusia antara 16 dengan 35 tahun, dari pelajar ke karyawan.



Selain Dr Faishal, panel forum belia itu turut dianggotai Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir, dan pengarah IMSSA, Ustaz Kooni Syed Ibrahim Sehuali.



Menurut IMSSA, forum ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang bahaya memperolehi dan menyebarkan maklumat palsu dalam talian.



Ini memandangkan dalam era digital, belia meluangkan lebih banyak masa dalam talian.



Forum ini menyeru peserta agar memeriksa dan menolak maklumat palsu.



Peserta juga digesa memperkukuh perpaduan sosial dan melindungi ruang bersama yang dinikmati warga Singapura.



Selain itu, forum turut menyampaikan kepentingan memupuk masyarakat Muslim yang padu dan berdaya tahan dalam masyarakat majmuk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >