Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Trend meningkat remaja cederakan diri sendiri dek tekanan

Dec 28, 2015 | 02:09 PM



LEBIH ramai remaja mengelar tangan atau kaki mereka dalam usaha menghadapi tekanan emosi atau kekecewaan.


Trend mencederakan diri sendiri juga kian bertambah dalam kalangan kanak-kanak lebih muda dan budak lelaki, menurut data baru daripada Persatuan Kanak-kanak Singapura.


Seramai 50 remaja melaporkan mencederakan diri tahun lalu, bertambah daripada 44 pada 2013 dan 36 sedekad lalu.


Peratusan remaja berumur 14 dan ke bawah yang melakukannya ialah 66 peratus pada 2013 dan 60 peratus tahun lalu, berbanding 56 peratus pada 2005.


Tahun lalu, 36 peratus daripada mereka yang mencederakan diri sendiri adalah kanak-kanak lelaki, meningkat daripada 28 peratus pada 2005.


Sementara itu, Persatuan Samaritana Singapura (SOS) menyaksikan lebih ramai orang menghubungi hotline dan e-melnya berhubung tindakan mencederakan diri sendiri, walaupun ia tidak menyimpan rekod jumlah kes kerana nama pemanggil kekal tidak diketahui.


Tahun lalu, kira-kira separuh daripada mereka di bawah 30 yang menggunakan perkhidmatan E-mel Berkawan SOS mengaku sengaja mencederakan diri sendiri.


SOS menerima 6,000 e-mel tahun lalu, bertambah daripada 5,000 pada 2012.


Cik Petrine Lim, pekerja sosial utama di Pusat Keluarga Fei Yue (Yew Tee), berkata orang muda yang mencederakan diri sendiri lebih bersedia tampil mendapatkan bantuan, walaupun pusat itu tidak merekod bilangannya, lapor akhbar The Straits Times pada Isnin (28 Dis).


"Yang menggalakkan ialah ibu bapa kini lebih sedar dan menghampiri pusat ini untuk mendapatkan bantuan," katanya.


Pusat itu sedang mengendalikan kira-kira lima kes mencederakan diri sendiri.


Dr Ian Gordon Munt, perunding di Jabatan Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja Psikiatri Institut Kesihatan Mental (IMH), pula berkata bilangan kes itu mungkin tidak menunjukkan keadaan sebenar kerana "majoriti anak muda yang melukakan diri sendiri melakukannya secara rahsia dan kebanyakan mereka tidak menampilkan diri".


"Terdapat laporan bahawa mereka yang sengaja mengelar diri sendiari kini lebih muda, mungkin kerana tekanan yang semakin meningkat ke atas anak-anak muda yang lebih peka dengan trend melalui media sosial," ujarnya.


Pengarah Eksekutif SOS, Cik Christine Wong, berkata ramai orang muda yang mencederakan diri sendiri mempunyai masalah dalam hubungan dengan keluarga, rakan atau teman lelaki dan temanita.


Beberapa daripada mereka juga mempunyai perasaan kemurungan dan isu kesihatan mental lain, kata beliau, sambil menambah bahawa melukakan diri sendiri ialah "pelepasan daripada kesakitan emosi teruk".


Tingkah laku ini biasanya timbul semasa remaja dan dalam beberapa kes boleh menjadi satu tabiat jangka panjang.


Dr Carol Balhetchet, pengarah kanan bagi perkhidmatan belia di Persatuan Kanak-kanak Singapura, berkata: "Generasi hari ini di bawah banyak tekanan yang lebih untuk mencapai dan berjaya - bukan dalam bidang akademik sahaja, bahkan dalam status sosial mereka, rakan sebaya dan unit keluarga.


Beliau memberi contoh seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang melukakan dirinya sendiri kerana bimbang dia tidak berjaya sebaik yang diharapkannya dalam Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tahun lalu.


Remaja juga kini mengelar diri sendiri lebih banyak di tempat di mana luka tidak mudah dilihat, seperti paha, lengan dalaman dan pinggang.


Pakar berkata tidak semua orang yang memudaratan diri sendiri merancang membunuh diri, tetapi perbuatan itu masih berbahaya dan boleh membawa kepada kematian tidak disengajakan.


Cik Wong berkata ibu bapa dan guru perlu memberi perhatian pada anak muda yang menunjukkan tanda-tanda perubahan dalam tingkah laku mereka, seperti kemarahan atau putus asa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >