JIKA ditanya apakah pelajaran paling penting yang digarap daripada pengalaman melakukan projek tahun akhir mereka, Cik Noraini Abas, Encik Govindarajan Girish dan Encik Fong Jun Han akan menjawab pentingnya komunikasi.
Sepanjang temu ramah dengan akhbar ini, tiga pelajar itu sering menekankan kepentingan komunikasi yang jelas dan tepat terutama dengan pihak pembekal dalam menghasilkan Mark-1 Trolley for EcoRider bagi syarikat Emarco Enterprise Pte Ltd.