TRS mohon maaf pada SPH sebab langgar hak cipta artikel berita

SINGAPORE Press Holdings Ltd (SPH) dan dua orang di balik laman web sosio-politik The Real Singapore (TRS), yang tidak berfungsi lagi, telah mencapai penyelesaian di luar mahkamah berhubung saman pelanggaran hak cipta kumpulan media itu.

SPH berkata pada Rabu (13 Jan) penyelesaian tersebut, dicapai atas syarat sulit, termasuk pembayaran kepada SPH sejumlah wang yang tidak didedahkan dan penerbitan permohonan maaf oleh Cik Takagi, yang disiarkan pada Muka B3 edisi cetak akhbar The Straits Times pada Rabu.

Cik Takagi telah menerima dan mengaku - sebagai pemaju, pengendali, editor, moderator, pentadbir dan/atau pengurus laman TRS - bahawa kandungan berita yang dimiliki oleh SPH diterbitkan semula dan/atau diterbitkan semula sebahagian besarnya di laman TRS, tanpa kelulusan SPH.

"Cik Takagi telah berjanji tidak akan mengulangi perbuatan pelanggaran itu," kata SPH dalam satu kenyataan media.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 37
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.