TTFS diluaskan kepada pelajar sepenuh masa UniSim

MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, mengumumkan bahawa dana Subsidi Yuran Tuisyen Pengajian Tinggi (TTFS) akan diluaskan kepada mahasiswa sepenuh masa Universiti SIM (UniSim).

Ia bakal dimaanfaatkan para mahasiswa yang kini dalam tiga jurusan sepenuh masa di universiti tersebut.

Dr Yaacob juga mengumumkan bahawa Jawatankuasa Penyelarasan SG50, yang diketuai Haji Sallim Abdul Kadir, telah ditugaskan untuk menerajui inisiatif mengumpul dana bagi Kerusi Professor Yusof Ishak.

Beliau akan dibantu dua timbalan pengerusi, Presiden DPPMS Encik Zahidi Abdul Rahman dan Pengerusi Yayasan Warisan Melayu, Cik Zuraidah Abdullah.

Haji Sallim dan pasukannya diharap dapat mengumpul $6 juta bagi kerusi tersebut, di mana pemerintah akan memadankan dengan geran sebanyak 1.5 kali jumlah yang disumbangkan

Dr Yaacob mengumumkan demikian dalam satu majlis jamuan tengahari tadi.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 46
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.