HOSPITAL Tan Tock Seng (TTSH) telah mengambil tindakan disiplin terhadap 18 kakitangan yang bertanggungjawab menyebabkan kecuaian keselamatan di klinik pergigian hospital itu. Tindakan disiplin itu termasuk amaran dan penalti kewangan.
Sehingga lapan pesakit mungkin dirawat dengan peralatan yang tidak menjalani tahap terakhir proses pensterilan antara 28 November hingga 5 Disember tahun lalu.