TTSH lakukan ujian swab berskala besar libat pesakit, staf

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

TTSH lakukan ujian swab berskala besar libat pesakit, staf

May 1, 2021 | 5:30 AM

TTSH lakukan ujian swab berskala besar libat pesakit, staf

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
3ad06f6e-7680-4ee9-907b-1093fc4f0ca4
-

SEMUA 1,100 pesakit dan 4,500 staf di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) akan dikenakan ujian swab hujung minggu ini, sebagai sebahagian operasi pemeriksaan pada skala besar untuk mencegah penularan lanjut kelompok Covid-19, kata ketua eksekutif TTSH, Dr Eugene Fidelis Soh.

Kelompok di hospital itu muncul selepas seorang jururawat di sana dikenal pasti dijangkiti Covid-19 pada Selasa lalu.

Lagi empat orang dari TTSH dikenal pasti dijangkiti, menjadikan sejumlah 13 orang dikaitkan dengan kelompok di sana.

Bercakap di sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian bagi Covid-19 semalam, Dr Soh berkata operasi pemeriksaan bermula kelmarin, dan ia tidak akan membenarkan pelawat ke wad hospital sehingga makluman lanjut.

"Semua pesakit kami di hospital diswab sehingga malam tadi dan semua 4,500 staf akan diswab hujung minggu ini," kata Dr Soh.

Kakitangan terlibat termasuk doktor, jururawat, karyawan kesihatan bersekutu dan pekerja pembersihan.

Dr Soh menambah, pihak hospital telah mengenal pasti kontak rapat kes-kes positif.

Menurut beliau, 61 pesakit, termasuk yang dikenal pasti dijangkiti Covid-19, telah dipindahkan ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID).

Hospital itu juga mengarahkan 76 staf yang punya hubungan rapat dengan pesakit itu untuk mengambil cuti ketidakhadiran (LOA) sementara menanti perintah kuarantin.

Lebih ramai staf dijangka dikenakan LOA dan kuarantin, kata Dr Soh.

Dalam pada itu, TTSH telah menutup empat wad dan menjalankan ujian swab ke atas pesakit dan swab dari wad-wad tersebut.

Kesemuanya diuji negatif, kata Dr Soh.

"Kami akan menutup lebih banyak wad lagi jika kami mengesan kes-kes baru," tambah beliau.

Menurut Dr Soh, TTSH juga telah mempertingkat usaha pengawasan dan langkah pencegahan lain seperti memperkukuh kawalan jangkitan dan amalan kebersihan tangan.

Dr Soh berkata pihaknya mengurangkan prosedur elektif dan kemasukan ke unit kemalangan dan kecemasan yang tidak membahayakan nyawa di TTSH, selepas mengambil kira keadaan tenaga manusia yang baru itu.

Meskipun ia telah menghentikan semua kunjungan ke hospital, TTSH membuat pengecualian bagi pesakit tenat, berdasarkan pertimbangan keihsanan, kata Dr Soh.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg