MENUBUHKAN sebuah jawatankuasa siasatan bagi menyaring aduan kes perubatan dapat memastikan bahawa sumber terhad Majlis Perubatan Singapura (SMC) akan dapat menumpukan kepada aduan yang asli.
Ini merupakan antara 29 saranan yang dibentangkan sebuah kumpulan kerja yang dibentuk Kementerian Kesihatan (MOH) bagi menyemak pengambilan izin maklum (informed consent) dan proses disiplin SMC.