Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tujuh lagi individu diberkas insiden rusuhan di Clarke Quay

Dec 23, 2020 | 05:30 AM



PIHAK polis telah memberkas tujuh lagi individu yang disyaki terlibat dalam insiden rusuhan menggunakan senjata di Clarke Quay Sabtu lalu.



Menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak polis semalam, enam lelaki berusia antara 22 hingga 33 tahun serta wanita berusia 22 tahun ditangkap atas beberapa tuduhan berkaitan insiden di Eu Tong Sen Street itu.



Mereka ditahan dalam serbuan yang dilakukan antara Ahad dan Isnin lalu oleh pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan Divisyen Polis Central.



Individu yang terlibat dalam insiden rusuhan itu telah melarikan diri semasa pihak polis tiba di tempat kejadian selepas menerima panggilan sekitar 10.40 malam.



Beberapa orang awam sedang membantu dua individu yang cedera pada masa itu.



Empat daripada enam lelaki yang ditahan didakwa di mahkamah semalam atas kesalahan menyertai perhimpunan haram.



Dua lelaki lain akan didakwa esok atas kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja melalui cara berbahaya dan merusuh menggunakan senjata.



Wanita berusia 22 tahun itu kini di bawah siasatan polis.



Menurut satu lagi kenyataan, pihak polis berkata empat daripada lima lelaki yang diberkas Ahad lalu didakwa merusuh menggunakan senjata berbahaya.



Lelaki kelima yang berusia 30 tahun, dijangka didakwa menyebabkan kecederaan dengan sengaja melalui cara berbahaya semalam.



Individu yang didapati bersalah menyertai perhimpunan haram boleh dipenjara hingga dua tahun dan disaman.



Mereka yang didapati bersalah menyebabkan kecederaan secara sengaja dengan cara berbahaya pula boleh dipenjara seumur hidup, dirotan dan disaman.



Kesalahan merusuh menggunakan senjata berbahaya pula membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan rotan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >