Tujuh parti pembangkang lancar lencana kempen

BEBERAPA parti pembangkang telah bersatu bagi melancarkan lencana untuk dipakai anggota parti serta penyokong mereka.

Lencana tertera slogan 'Vote For Change (VFC)' (Undilah Demi Perubahan) itu dilancar dalam satu sidang media di pejabat Parti Warga Singapura Diutamakan (SingFirst) di Tras Street malam tadi.

Menurut penyelaras gerakan VFC , Encik Augustin Lee, yang juga anggota Parti Kuasa Rakyat (PPP), gerakan itu melibatkan partinya, Perikatan Demokratik Singapura (SDA), Parti Pembaharuan (RP), Parti Progresif Demokratik (DPP), Parti Demokratik Singapura (SDP), SingFirst, dan Parti Perpaduan Nasional (NSP).

Setiausaha agung PPP, Encik Goh Meng Seng, berkata lencana itu akan dijual kepada penyokong sepanjang tempoh kempen tetapi harganya belum ditetapkan.

Pengerusi DPP, Encik Mohamad Hamim Aliyas, pula berkata lencana itu akan menjadi lambang perpaduan pelbagai parti pembangkang.

"Kami bersatu di sini untuk melancarkan lencana 'Vote For Change' dan menyeru orang ramai supaya mengundi demi perubahan.

"Kami bersatu padu hari ini untuk menunjukkan bahawa kekuatan pembangkang wujud," kata beliau.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 51
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.