NAMA Cik Rose Sadiah amat 'terkenal' di kalangan rekrut dan kakitangan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di Pulau Tekong.
Ini kerana tukang gunting rambut berusia 56 tahun itu telah 'bermastautin' di Pusat Latihan Ketenteraan Asas (BMTC) di pulau tersebut sejak 2001.