MENYUSULI berita mengenai pemergian Encik Lee Kuan Yew pagi semalam, ramai pengguna media sosial telah menggantikan gambar profil mereka kepada gambar tanda hormat dan penghargaan bagi Perdana Menteri Singapura pertama itu.
Antara gambar profil yang dipilih sebagai ganti termasuk gambar reben hitam yang mencorakkan bayangan wajah Encik Lee, gambar bendera Singapura berwarna hitam-putih yang juga mencorakkan bayangan wajahnya dan gambar beliau bersama tarikh hayatnya dari 1923 ke 2015.