BEKAS askar pasukan elit Navy Seal Amerika Syarikat, Ian Damery Fitzgerald, dijatuhi hukuman penjara empat minggu dan denda $800 semalam atas kesalahan menumbuk seorang pemandu teksi dan melontar alat walkie-talkie teksi itu ke dalam sungai Marina Bay.
Pelajar Amerika berusia 31 tahun itu telah membuat rayuan dan dibenarkan ikat jamin sebanyak $5,000.