Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tumpahan minyak di Johor merebak ke pantai Singapura

Jan 05, 2017 | 02:17 PM



TUMPAHAN minyak yang berlaku di Johor pada Selasa (3 Jan) malam selepas perlanggaran dua kapal telah merebak ke pantai tanah besar Singapura.



Taman di sepanjang pantai timur laut Singapura, termasuk Taman Pantai Changi, terjejas, dengan kesan minyak hitam ditemui di pantai dan air cetek.



Pada Khamis (5 Jan) pagi, kontraktor Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dilihat membawa bahan penyerap minyak berlumuran dengan minyak ke kapal, sementara pekerja memasukkan pasir berlumuran minyak ke dalam beg sampah.



Pekerja juga kelihatan menaikkan papan tanda menasihati orang ramai supaya menjauhkan diri dari air tercemar dan pantai itu ditutup.



Difahamkan bahawa Taman Pasir Ris serta beberapa kawasan di Punggol juga terjejas.



Bagaimanapun, perairan di pantai berhampiran Downtown East yang popular kelihatan bersih.



Perlanggaran antara dua kapal itu berlaku di luar Pelabuhan Pasir Gudang di Johor hampir tengah malam Selasa. Ia menyebabkan 300 tan minyak tumpah akibat kerosakan pada tangki minyak salah sebuah kapal tersebut.



Pada Rabu (4 Jan), kesan minyak ditemui di pantai barat Pulau Ubin (Jeti OBS) dan Nenas Channel, ujar Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA).



Pulau Ubin mempunyai kawasan bakau terbesar di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >