Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DIALOG REACH-BERITA HARIAN DENGAN MASYARAKAT MELAYU

Tumpuan perbincangan pada ekonomi, pekerjaan, isu EP dan ARS

Oct 13, 2016 | 05:30 AM



ISU pekerjaan dalam ekonomi berubah, Presiden Dipilih (EP) dan Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) merupakan antara keprihatinan masyarakat Melayu/Islam yang ditimbulkan dalam satu sesi dialog malam tadi.



Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim dan Anggota Parlimen GRC Jurong Cik Rahayu Mahzam semalam memberikan respons kepada pelbagai persoalan yang dikemukakan peserta di dialog itu.



Menemui media selepas dialog itu Dr Yaacob berkata ada kebimbangan tentang pekerjaan dan peluang dalam ekonomi.



Biarpun demikian beliau berkata masih terdapat banyak peluang kerjaya bagi anak muda termasuk mereka yang berkelulusan ITE.



Mengenai peruntukan minoriti bagi EP pula Dr Yaacob berkata terdapat persoalan sama ada ia perlu dan apakah ia akan berkesan.



"Saya beri pandangan saya bahawa langkah ini penting dan diperlukan walaupun saya sendiri dahulu mempunyai kerisauan tentangnya pada awalnya.



"Ada juga berpandangan apakah langkah ini untuk mengatasi diskriminasi. Ini kurang tepat; ia adalah berdasarkan perwakilan, untuk memastikan semua kaum ada peluang jadi Presiden," ujar Dr Yaacob yang juga Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masayarakat Islam.



Berhubung ARS, Dr Yaacob pula memberi jaminan bahawa skim tersebut akan dijadikan seberapa inklusif mungkin untuk merangkumi asatizah daripada pelbagai aliran.



Sesi tertutup yang dihadiri sekitar 180 individu itu dianjurkan Berita Harian bersama unit maklum balas pemerintah, Reach, di Village Hotel, Bugis.



Acara tersebut dianjurkan untuk mendengar keprihatinan masyarakat mengenai isu semasa.



Baru-baru ini, pemerintah, yang menerima beberapa saranan Suruhanjaya Perlembagaan mengenai EP, telah mengeluarkan Kertas Putih dan membentangkan perubahannya dalam satu rang undang-undang di Parlimen.



Antara lain, pemerintah menerima saranan bagi mewujudkan peruntukan Pilihan Raya Presiden dikhususkan bagi calon daripada kumpulan etnik tertentu jika seorang Presiden daripada kumpulan itu gagal dipilih dalam tempoh lima penggal atau 30 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >