Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Turkey akan eksport telur ke S’pura

Sep 08, 2023 | 03:52 PM



Singapura bakal menerima satu lagi sumber telur tidak lama lagi – dari Turkey.

Menerusi pengumumannya pada Jumaat, Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata bahawa ia telah meluluskan import telur dari Turkey, menjadikan bilangan pengeksport telur ke Singapura kepada 19 – naik daripada 12 pada 2019.

Sebelum Turkey, negara terkini yang membekalkan telur ke Singapura ialah Indonesia, yang menerima kelulusannya pada April.

Dalam satu catatan di Facebooknya, SFA menyatakan:

“Sedang kita terus mengukuhkan keselamatan makanan kita, kami juga sedar bahawa tiada negara boleh terlepas daripada sebarang ketidaktentuan dalam bekalan makanan sejagat.”

Ia menyebut contoh situasi kekurangan telur di serata dunia akibat penularan flu avian yang tidak diduga, isu-isu rantaian bekalan, dan kos makanan haiwan serta harga minyak yang meningkat.

Sekitar dua pertiga daripada telur Singapura diimport, dengan kebanyakannya tiba dari Malaysia.

Bakinya merupakan sumber dari negara seperti Thailand, Australia, Poland, New Zealand, Jepun, Korea dan Sepanyol.

Baki sepertiga dihasilkan secara domestik.

Singapura kini mempunyai tiga ladang telur setempat yang menawarkan sekitar 30 peratus daripada permintaan telur negara ini.

Ia dijangka meningkat kepada sekitar 50 peratus apabila ladang keempat mula beroperasi pada 2024.

SFA sebelum ini menyatakan bahawa telur yang diimport ke Singapura mesti datang daripada sumber yang bertauliah, yang memenuhi piawai kesihatan haiwan dan keselamatan makanan yang ketat.

Sebagai sebahagian daripada proses pentauliahan, SFA antara lain menilai perkhidmatan, perundangan, status penyakit haiwan dan langkah kawalan veterinari negara pengeksport.

Seperti contoh telur, ayam dan itik boleh diimport dari rantau yang bebas flu burung sahaja.

Dalam catatan Facebook itu, SFA juga menyatakan bahawa sebagai pengguna, kita juga mampu memainkan peranan dengan bersikap fleksibel berkaitan pilihan makanan sekiranya timbul gangguan bekalan.

“Dengan bersikap terbuka kepada telur, maka sumber makanan baru akan berada selangkah ke arah membina daya tahan makanan Singapura, dengan memastikan bahawa kita akan mempunyai bekalan telur yang mencukupi,” kata SFA.

Pada April lalu semasa meluluskan Indonesia sebagai sumber negara baru mengimport telur ke sini,  SFA berkata walaupun dengan pertambahan negara sumber itu, masyarakat masih boleh terus menjangka bekalan turun naik disebabkan pelbagai faktor seperti penularan penyakit dan gangguan bekalan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >