Ubat seks bernilai lebih $150,000 dirampas

KIRA-KIRA 50,000 pelbagai ubat peningkatan seksual dirampas dalam satu operasi bersama Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) semalam.

Dadah itu bernilai lebih $150,000 di pasaran gelap dan bertujuan dijual semula, ujar satu kenyataan bersama dua agensi itu.

Para pegawai menyerbu sebuah kemudahan simpanan di Geylang selepas seorang warga China berusia 23 tahun dilihat membawa bungkusan mengandungi dadah itu ke situ.

Lelaki tersebut sedang membantu dalam siasatan.

Dadah peningkatan seks sering mengandungi bahan perubatan kuat tidak diisytihar dan bahan lain yang dikawal di bawah Akta Racun, yang dilarang diimport, dijual atau dimiliki untuk dijual.

Mereka yang didapati bersalah di bawah akta itu boleh dikenakan hukuman penjara hingga dua tahun dan/atau denda hingga $ 10,000.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 56
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.