Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ucapan takziah PA kepada PM

Mar 24, 2015 | 06:31 PM



UCAPAN takziah datang mencurah-curah untuk keluarga Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong di atas kematian bapanya, mendiang Encik Lee Kuan Yew.


Salah satu daripadanya disampaikan Timbalan Pengerusi Persatuan Rakyat (PA), Encik Lim Swee Say.


Dalam surat takziahnya bagi pihak PA serta Pergerakan Pertubuhan Akar Umbi, Encik Lim menganggap mendiang Encik Lee sebagai seseorang yang 'menyatukan (rakyat) bersama menjadi sebuah masyarakat yang rapat' dan 'menghapuskan halangan bahasa serta budaya yang memecah belahkan rakyat.'


Maka terbinalah rangkaian pusat-pusat masyarakat yang telah dinaik taraf serta dikemas kini bagi menawarkan khidmat serta menyatukan warga Singapura dari semua pelusuk usia, bangsa dan latar belakang, kata beliau.


Mendiang Encik Lee, tambah Encik Lim juga telah memulakan Jawatankuasa Penduduk - yang bersama Jawatankuasa Kejiranan kini menjadi tunggak asas yang menyatukan rakyat.


"Dalam menubuhkan PA, Encik Lee menyediakan asas agar pemerintah menjadi lebih rapat dengan rakyat dan rakyat lebih rapat dengan pemerintah.


"Beliau sering mengadakan lawatan dan mendengar sendiri aspirasi serta perasaan warga Singapura," kata Encik Lim.


Encik Lim turut melahirkan rasa terima kasihnya kepada mendiang Encik Lee di atas keamanan, keharmonian dan warga Singapura yang bersatu pada hari ini.


"Visi Encik Lee untuk menjadikan sebuah negara yang bersatu dan berbilang bangsa yang harmoni masih berterusan dan tidak akan berakhir.


"Beliau sentiasa menjadi inspirasi kepada kita semua dalam pergerakan akar umbi.


"Ingatan dan doa kami sentiasa bersama anda dan keluarga anda ketika detik pilu ini," kata Encik Lim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >