Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ugut bunuh pemain EPL, keluarganya: Remaja SG akui salah

Jun 03, 2021 | 05:30 AM



SEORANG remaja warga Singapura, semalam, mengaku bersalah mengugut akan membunuh pemain bola sepak Liga Perdana England (EPL) Neal Maupay dan beberapa tuduhan lain.



Derek Ng De Ren, 19 tahun, turut mengancam akan membunuh ahli keluarga Maupay, penyerang pasukan Brighton and Hove Albion.



Pemain bola sepak itu dan keluarganya berada di Britain ketika ancaman tersebut dibuat pada Jun dan Julai tahun lalu.



Menurut laporan sebelum ini, EPL memberitahu Pasukan Polis Singapura setelah siasatannya menunjukkan orang bertanggungjawab bagi "cercaan serius dalam talian" terhadap Maupay berada di Singapura.



Pada 20 Jun tahun lalu, Maupay menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan menentang Arsenal, yang menyaksikan penjaga gol Arsenal Bernd Leno cedera dan dibawa ke luar padang setelah satu perebutan dengan Maupay.



Ng, seorang penyokong Arsenal, marah akan gol Maupay dan kekalahan Arsenal. Dia menyalahkan Maupay bagi kecederaan Leno.



Ng kemudian mengirim mesej mengancam kepada Maupay melalui platform media sosial Instagram. Dia juga menghantar mesej cercaan berkali-kali dan juga mengancam akan membunuh Maupay serta keluarganya setelah mendapat tahu akaunnya dilaporkan.



Semalam Hakim Daerah May Mesena meminta laporan bagi menilai kesesuaian Ng bagi probesen dan latihan pemulihan.



Pesalah yang dikenakan perintah pemulihan ditahan di sebuah pusat dan dikehendaki mematuhi satu program ketat yang turut merangkumi senaman dan kaunseling.



Hukuman ke atas Ng akan dijatuhkan pada 7 Julai. Bagi setiap tuduhan gangguan, pesalah boleh dihukum penjara hingga enam bulan dan denda hingga $5,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >