Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ujian barah lebih mudah, kurang sakit mungkin ditawar di sini tahun ini

Mar 28, 2016 | 10:28 AM



MENGEKSTRAK sel tumor dan DNA untuk mengesan bagaimana barah sedang berkembang dalam tubuh pesakit akan menjadi semudah melakukan ujian darah, bukan biopsi tradisional, tidak lama lagi.



Kaedah baru itu, yang dikenali sebagai biopsi cecair, kurang menyakitkan, lebih murah dan tidak mempunyai komplikasi yang boleh disebabkan oleh biopsi tisu.



Biopsi tisu biasanya melibatkan mengambil sel atau tisu barah daripada tumor, dan kesan sampingannya termasuk jangkitan.



Biopsi cecair, sebaliknya, semudah mengambil darah. Ia sudah pun diterokai masyarakat perubatan antarabangsa.



Kaedah baru itu mungkin ditawarkan sebagai pilihan kepada pesakit barah di Singapura seawal tahun ini, kata Pusat Barah Nasional Singapura (NCCS) dan Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star), lapor akhbar The Straits Times pada Isnin (28 Mac).



Pengarah Unit Rawatan Barah Eksperimen di NCCS, Dr Daniel Tan, berkata pusat itu mula mencuba biopsi cecair pada pesakit barah sejak lima bulan lalu, sebagai sebahagian daripada satu ujian percubaan.



Ia berharap dapat memperkenalkannya di sini secepat mungkin, tetapi mahu terlebih dahulu memastikan ketepatannya, ujar beliau.



Dr Wong Seng Weng, pengarah perubatan dan perunding pakar onkologi perubatan di Pusat Barah, kini sedang menjalankan kajian bersama A*Star melibatkan biopsi cecair bagi barah paru-paru.



"Cabarannya ialah sel barah berubah sedang rawatan berlangsung. Oleh itu, kami perlu mengumpul lebih banyak spesimen tumor untuk melihat bagaimana barah telah berubah, kerana mungkin rawatan itu tidak lagi berfungsi," kata Dr Wong.



Dengan biopsi cecair, doktor boleh menyesuaikan rawatan, dan memilih ubat mengikut bagaimana penyakit barah itu telah bermutasi.



Dr Min-Han Tan daripada A*Star berkata: "Kadang-kadang, apabila menggunakan biopsi tisu, doktor berusaha berdasarkan maklumat lapuk. Kami mendapat maklumat masa nyata dengan mengunakan ujian darah."



Biopsi cecair juga lebih murah. Kosnya di luar negara antara AS$500 ($686) dan AS$1,000, sementara kos biopsi tisu di sini boleh berjumlah hingga $5,000, kata Dr Wong.



Biopsi tisu yang dilakukan berulang juga lebih berisiko bagi barah tertentu, seperti barah paru-paru.



Oleh itu, biopsi cecair baik bagi barah paru-paru atau kolorektal. Ia membolehkan doktor mendapatkan maklumat melalui ujian darah berulang kali kerana kurang komplikasi berbanding biopsi tisu, yang lebih invasif, kata Dr Wong.



Sejauh ini, ujian oleh NCCS menunjukkan biopsi cecair tepat 90 peratus, tetapi Dr Tan percaya ia masih boleh dipertingkat.



Laporan barah terkini Pejabat Pendaftaran Penyakit Nasional menunjukkan semakin ramai orang meninggal dunia akibat barah di Singapura, dengan jumlah orang yang didiagnosis mengalami barah bertambah kira-kira 1,800 pada 2014 berbanding empat tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >