Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RAMADAN

Umat Islam Singapura, Malaysia dan Indonesia mula berpuasa esok

Jun 05, 2016 | 09:02 PM



MASYARAKAT Islam di Singapura mula berpuasa esok (Isnin 6 June 2016).


Mengumumkan awal Ramadan 1437 Hijrah petang tadi Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram berkata: “Mengikut kiraan hisab, berdasarkan kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui oleh negara-negara anggota Mabims (Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura), anak bulan ada di ufuk Singapura, setelah matahari terbenam petang tadi, selama 18 minit.


“Oleh yang demikian sukacita saya mengisytiharkan bahawa awal Ramadan 1437H jatuh pada Isnin, bersamaan 6 Jun 2016.”


Mufti menambah: "Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada sekalian kaum Muslimin Muslimat Singapura: Selamat menyambut ketibaan bulan Ramadan al-Mubarak. Dalam bulan yang mulia ini, ambilah peluang untuk mengukuhkan silaturahim dan mengajak ahli keluarga kita beribadah bersama misalnya bersahur, beriftar dan solat terawih. Semoga Allah memberkati usaha kita dalam membentuk masyarakat Islam yang cemerlang dan mengurniakan kita kekuatan, untuk menjalani ibadah puasa dengan penuh keimanan dan ketaqwaan".


Umat Islam di seluruh Malaysia dan Indonesia juga mula berpuasa esok (6 Jun 2016).

Namun menurut laporan The Brunei Times, Muslim di Brunei akan mula berpuasa lusa (Selasa 7 Jun).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >